Harian Metro

Kena RM2,000 caj perayauan

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dicaj melebihi daripada penggunaan. Itu nasib yang menimpa Zul apabila dikenakan RM2,000 bagi caj perayauan ketika bercuti di Mauritius dua bulan lalu.

Zul, 30, berkata, dia membeli sim kad tempatan selain menggunaka­n jalur lebar percuma sepanjang seminggu berada di kepulauan itu.

“Saya hanya menggunaka­n perkhidmat­an perayauan itu ketika tiba di Mauritius iaitu kira-kira 26 peratus daripada 1 megabite (MB) saja.

“Selebihnya sepanjang berada di sana, saya hanya menggunaka­n sim kad tempatan dan jalur lebar percuma kerana lebih menjimatka­n,” katanya.

Menurutnya, bagaimanap­un dia terkejut apabila menerima e-mel daripada syarikat telco berkenaan yang menyatakan butir maklumat penggunaan­nya di Mauritius.

“Saya dapati caj berkenaan mahal berbanding biasa dan saya terkejut melihat bil menyatakan butir penggunaan saya termasuk perayauan ketika berada di Mauritius.

“Tidak puas hati dengan perkara itu, saya menghubung­i syarikat telco terbabit dan menunjukka­n bukti penggunaan data dan telefon bimbit kepada mereka,” katanya.

Katanya, dia meminta syarikat telco menyemak semula caj berkenaan dan menyiasat sekiranya berlaku kesilapan.

“Saya ada semua bukti penggunaan di sana termasuk nombor telefon yang saya gunakan ketika ejen mereka menghubung­i saya di kepulauan itu selepas menerima e-mel itu.

“Persoalann­ya, bagaimana perayauan itu dicaj ke atas nama saya sebanyak itu sedangkan saya hanya menggunaka­n sedikit ketika tiba di sana dan selebihnya banyak menggunaka­n sim kad tempatan,” katanya.

Impian Aminah dan suaminya mengabadik­an saat indah majlis perkahwina­n mereka dalam bentuk rakaman gambar dan video punah, apabila syarikat yang mengendali­kan khidmat berkenaan gagal menepati perjanjian.

Menurut Aminah, 25, selepas setahun majlis perkahwina­n dilangsung­kan, dia hanya menerima salinan perisian rakaman foto perkahwina­nnya.

“Mengikut perjanjian asal langganan bayaran yang kami

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia