Harian Metro

PAKEJ FOTOGRAFI KELENTONG

-

bayar untuk pakej RM7,000 itu merangkumi rakaman gambar dan video sepanjang dua hari termasuk majlis pernikahan, resepsi dan ‘outdoor’.

“Namun, saya hanya diberikan ‘soft copy’ (perisian) gambar dalam cakera padat (CD) tanpa gambar album dan video seperti yang dijanjikan.

“Tempoh dijanjikan juga lewat sedangkan mereka berjanji semua salinan akan diberikan kepada kami dalam tempoh tiga bulan selepas proses suntingan,” katanya.

Menurutnya, syarikat berkenaan seolah-olah lepas tangan dan memberikan pelbagai alasan apabila diminta memberikan penjelasan.

“Kami rasa macam terhegeh-hegeh meminta hasil gambar dan video perkahwina­n kami sedangkan syarikat itu lepas tangan dan tidak mahu berusaha menyelesai­kan perkara ini.

“Mereka hanya memberikan pelbagai alasan tidak munasabah seperti terlalu sibuk dengan urusan majlis lain, ini tidak adil bagi kami yang sudah setahun menunggu sesuatu yang tidak pasti,” katanya.

Katanya, dia dan suami kecewa kerana jumlah wang yang dibayar tidak setanding dengan perkhidmat­an diberikan syarikat itu.

“Saya dan suami rasa amat kecewa dan marah dengan sikap syarikat berkenaan yang tidak bertanggun­gjawab langsung.

“Kami tidak tahu hendak buat apa lagi, hanya itu kenangan yang kami ada untuk simpanan dan tatapan keluarga dan anak cucu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia