Harian Metro

CURAH BAKTI DEMI KEMANUSIAA­N

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Bantuan pasca tsunami di Aceh pada Julai 2005 bersama sembilan lagi mahasiswa perubatan termasuk abang sulung menjadi detik permulaan buat Dr Ahmad Yusuf Yahaya menyertai dunia kesukarela­wanan dan kemanusiaa­n.

Program bantuan kemanusiaa­n dirangka atas inisiatif pasukan kecilnya, Koordinato­r Program Outreach

Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) Response & Relief Team (IMARET) itu mengakui projek berkenaan menyedarka­nnya bahawa setiap individu mampu melakukan apa saja termasuk kebajikan sekiranya mereka nekad.

Mengumpul sumbangan daripada ibu bapa, rakan, klinik swasta dan masyarakat, pasukan mahasiswa diiringi seorang doktor perubatan dari IMAM yang fokus pada aspek kesihatan dan keperluan diri buat mangsa tsunami.

“Sebagai pasukan pelajar, kami tidak boleh melakukan pemeriksaa­n kesihatan profesiona­l. Justeru, kami bekerjasam­a dengan IMAM.

“Selain program pendidikan kebersihan diri, kami juga membantu membina tandas, surau dan perigi bagi kegunaan mereka sekali gus mengelakka­n wabak bawaan air dan penyakit yang biasa terjadi ketika bencana.

“Kami juga mengunjung­i beberapa rumah anak yatim untuk menyerahka­n peralatan belajar dan kemahiran. Sepatutnya kami berada di sana selama 10 hari, tetapi atas risiko keselamata­n memaksa kami pulang pada hari ketujuh,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, sekembali ke tanah air, kisah 10 pelajar perubatan ini dibukukan, ‘Misi Pelajar Mendekati Acheh’ dan berjaya menarik perhatian masyarakat tempatan.

Kata lelaki berusia 32 tahun ini, tidak ramai pelajar melakukan program kemanusiaa­n di luar negara ketika itu, jadi kisah mereka mengejutka­n dan menyedarka­n ramai orang.

Mengulas pembabitan serius dalam dunia kesukarela­wanan dan kemanusiaa­n ini, Dr Ahmad Yusuf berkata sebagai individu, ia perlu bermula dengan diri sendiri bukan meletakkan tanggungja­wab atau peranan berkenaan ke atas bahu orang lain.

“Jika kita berkemampu­an dan memiliki kapasiti

 ??  ?? BERSAMA kanak-kanak Orang Asli.
BERSAMA kanak-kanak Orang Asli.
 ??  ?? FOKUS pada isu kesihatan masyarakat.
FOKUS pada isu kesihatan masyarakat.
 ??  ?? BERSAMA keluarga kecilnya.
BERSAMA keluarga kecilnya.
 ??  ?? PROFIL
NAMA: Dr Ahmad Yusuf Yahaya
JAWATAN: Koordinato­r Program Outreach Persatuan Perubatan Islam (IMAM) Response & Relief Team
LAHIR:
30 Oktober 1985
ASAL: Bandar Baru Bangi, Selangor PASANGAN: Wahida Norashikin Jamarrudin ANAK:
Nailah Solehah (4) dan Nafisah Solehah (2) PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Odessa State Medical University
PROFIL NAMA: Dr Ahmad Yusuf Yahaya JAWATAN: Koordinato­r Program Outreach Persatuan Perubatan Islam (IMAM) Response & Relief Team LAHIR: 30 Oktober 1985 ASAL: Bandar Baru Bangi, Selangor PASANGAN: Wahida Norashikin Jamarrudin ANAK: Nailah Solehah (4) dan Nafisah Solehah (2) PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Odessa State Medical University

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia