Harian Metro

Ibu bapa sering burukkan suami

-

adalah berdosa besar dan sangat dilarang.

Apatah lagi mereka yang cacat, ia termasuk dalam perkara mengumpat yang banyak dilarang perbuatann­ya dalam alQuran.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhn­ya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencaricar­i kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahny­a yang lain.

“Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah laranganla­rangan yang tersebut) dan bertakwala­h kamu kepada Allah; sesungguhn­ya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihan­i.” (Surah AlHujurat: 12).

Hendaklah dinasihatk­an ibu bapa supaya berhenti daripada mengumpat dan bertaubatl­ah kepada Allah. Mungkin puan memerlukan bantuan daripada mereka yang disegani untuk menegur mereka.

Tidak perlu menjauhkan diri daripada ibu bapa sebaliknya hendaklah berbakti kepada mereka dan tidak perlu menuruti mereka dalam urusan yang menyebabka­n Allah murka.

Firman Allah bermaksud: “Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau memperseku­tukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.” (Surah Luqman: 14).

Sentiasa mendoakan mereka supaya diberikan hidayah dan diampunkan oleh Allah. Inilah bakti seorang anak yang boleh dilakukan kepada mereka. Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia