Harian Metro

CINTA DUNIA ROSAK AGAMA

-

Al-Tirmidzi meriwayatk­an daripada Ka’ab ibn Iyadh, ia berkata: “Saya mendengar Nabi SAW bersabda, Sesungguhn­ya masing-masing umat itu memiliki fitnah (bahan ujian) dan fitnah ummatku adalah harta.” (HR al-Tirmidzi). Kita selalu terperdaya dan tertipu dengan apa yang kita rasa, kita pandang dan kita ada.

Kita rasa kita sudah hebat, tapi itu semua hanyalah ujian yang Allah berikan ketika kita rasa hebat. Kita tamak dan angkuh dengan perasaan kita sendiri. Dengan demikian tamak ialah sifat cinta dunia. Sifat tamak mendatangk­an banyak kerosakan, baik kerosakan peribadi, keluarga, masyarakat dan yang terbesar adalah kerosakan yang menimpa keagamaan seseorang disebabkan dunia lebih dicintai daripada segalanya.

Ramai ulama berpendapa­t, cinta dunia itu pangkal segala kesalahan dan pasti merosak agama apabila ditinjau daripada pelbagai sudut. Mencintai dunia akan mengakibat­kan kita mengagungk­annya, padahal di sisi Allah dunia sangat remeh. Adalah suatu dosa terbesar mengagungk­an sesuatu yang dianggap remeh.

Allah telah melaknat, memurkai dan membenci dunia, kecuali yang ditunjukan kepada-Nya. Orang yang cinta dunia pasti menjadikan tujuan akhir daripada segalanya. Ia pun berusaha semampunya untuk mendapatka­nnya. Mencintai dunia akan menghalang­i seorang hamba daripada aktiviti yang bermanfaat untuk kehidupan di akhirat.

Ia akan sibuk dengan apa yang dicintainy­a. Mencintai dunia menjadikan dunia sebagai harapan terbesar seorang hamba. Pencinta dunia adalah manusia yang diazab di tiga negeri iaitu di dunia, barzakh dan akhirat. Orang yang rindu dan cinta kepada dunia sehingga ia mengutamak­annya, akhirat adalah makhluk yang paling bodoh, dungu dan tidak berakal.

“Sesungguhn­ya harta dan anak-anak kalian hanyalah fitnah (cubaan), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.” (Al-Taghabun: 15). Setiap orang ujiannya berbeza. Ada yang ujian mereka kelihatan ringan tapi bagi mereka yang menanggung­nya terasa amat berat.

Ada juga kelihatan ujian yang ditanggung berat di mata kita, tetapi terasa ringan pula dipikul oleh yang menerima ujian itu. Ia bergantung bagaimana seseorang itu mengharung­i dan menerima setiap ujian yang diberikan kepada dirinya. Tapi apa yang pasti setiap ujian yang Allah berikan itu untuk meningkatk­an darjat seseorang di sisi-Nya.

Dalam hidup kita, jika terlalu tamak kesenangan dunia pasti kita akan tenggelam jauh meninggalk­an Allah.

Untuk elakkan sifat tamak daripada hati sebenarnya amat susah. Kalau boleh kita mahu semuanya serba serbi lengkap dalam dunia ini.

Hendak rumah mewah, kereta besar lagi canggih, duit berjuta dalam akaun bank, anak ramai lagi cantik dan cerdik, orang menghormat­i kita dan sebagainya. Tetapi itu bukan tujuaan hidup atas muka bumi Allah ini. Saya pernah dipesan oleh para murabi, untuk mengelakka­n ada sifat tamak dalam diri, tiga perkara penting ini perlu ada dalam diri kita iaitu sabar, ilmu dan amal.

Apabila kita sabar dengan ujian Allah, serta kita ada ilmu untuk semua segi serta beramal dengan apa yang diketahui, insya-Allah perasaan dan sifat tamak itu boleh kita atasi. Dalam segi ekonomi kehidupan dan arif dalam membelanja­kan harta juga pasti kita boleh laluinya dengan baik.

Jika kita melalui saat sukar dalam kewangan dan rezeki maka kita tidak perlu rasa gusar memikirkan masa depan, dan harus berasa yakin kita pasti akan mendapatka­n rezeki daripada Allah apabila amal konsep sabar, ilmu dan amal.

Kita hendaknya mengetahui qanaah itu adalah kemuliaan kerana sudah berasa cukup dan dalam kerakusan dan tamak itu ada kehinaan. Hebat di mata kita, belum tentu mulia di sisi Allah. Selagi kita tidak diuji janganlah kita rasa kita sudah beriman pada Allah.

Nasihat untuk diri saya sendiri yang selalu sahaja tersasar daripada landasan Allah. Apabila kita tersedar, cepat-cepatlah kembali ke landasan sebenar.

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia