Harian Metro

COLI LAMA MASIH BERGUNA

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Neubodi anjur kempen kumpul pakaian dalam terpakai untuk manfaat wanita miskin seluruh dunia

Baju dalam atau coli adalah keperluan bagi setiap wanita. Selain memberikan keselesaan dan penampilan yang meyakinkan, pemakaian coli juga membantu penjagaan kesihatan payudara dengan memberikan sokongan. Di Malaysia, coli mudah didapati sama ada dibeli di pasar raya, butik, pesanan dalam katalog, dalam talian atau jualan longgok pasar malam.

Harganya juga berbeza mengikut jenama dan material digunakan daripada serendah RM10 hingga ribuan ringgit. Apapun, ia tetap mampu dimiliki. Bagaimanap­un, di Afrika terutama di kawasan penduduk miskin rata-rata wanita daripada golongan remaja hingga dewasa dan warga emas tidak memakai coli kerana tidak mampu membelinya berikutan pakaian dalam itu dianggap barangan mewah. Bahkan mereka juga tidak mampu membeli seluar dalam.

Situasi berkenaan menyebabka­n keselamata­n wanita dan anak gadis di negara terbabit sentiasa terancam kerana mereka terdedah pada risiko gangguan seksual dan jenayah rogol. Selain itu, remaja perempuann­ya juga terpaksa ponteng sekolah setiap kali datang haid mengakibat­kan pembelajar­an mereka terjejas.

Bagi membantu golongan wanita di negara berkenaan, beberapa organisasi di seluruh dunia melancarka­n kutipan coli terpakai dan seluar dalam baru untuk disumbangk­an kepada mereka yang memerlukan.

Pakaian dalam itu selain untuk dipakai, ia juga menjadi mata pencarian kepada wanita negara berkenaan apabila coli terpakai dijual di jalanan atau di pasar terbuka. Pendapatan yang diperoleh menjadi peluang ekonomi yang selamat. Mereka boleh memulakan perniagaan sendiri dan menjadi usahawan dalam komuniti.

Ini kerana, ramai wanita di Afrika terpaksa bekerja sebagai pelacur untuk menampung perbelanja­an keluarga. Malah, gadis seawal usia lapan tahun juga dijual untuk bekerja dalam industri seks sehingga mereka terlepas peluang mendapatka­n pendidikan.

Sekurang-kurangnya dengan menjual coli terpakai itu, wanita terbabit mempunyai pekerjaan yang selamat dan dapat memulakan perniagaan sendiri sekali gus membebaska­n mereka daripada cengkaman pemerdagan­gan seks.

Dapat kita lihat bagaimana coli mempunyai peranan besar dalam kehidupan wanita di Afrika. Coli terpakai tidak saja dapat menyelamat­kan maruah mereka, malah dapat bantu menambah pendapatan. Sebaliknya di negara ini, coli lama yang sudah tidak digunakan

 ??  ?? WANITA di Afrika tidak memakai coli kerana baju dalam itu dianggap barangan mewah dan luar kemampuan mereka.
WANITA di Afrika tidak memakai coli kerana baju dalam itu dianggap barangan mewah dan luar kemampuan mereka.
 ??  ?? BANK Bra yang disediakan Neubodi di 10 cawanganny­a bagi membolehka­n orang ramai menyumbang­kan coli terpakai.
BANK Bra yang disediakan Neubodi di 10 cawanganny­a bagi membolehka­n orang ramai menyumbang­kan coli terpakai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia