Harian Metro

TAMPARAN BERGANDA PUTUS TUNANG

-

keluarga seharusnya memberi sokongan tetapi lain pula layanan terhadap saya. Saya hilang tempat bergantung dan mujurlah ibu banyak memberi dorongan.

Saya tidak tahu apa salah saya pada tunang kerana kami tidak pernah bergaduh. Cumanya jarak kami jauh dan tidak dinafikan bakal kakak ipar suruh saya lebih berusaha merapatkan hubungan kami.

Saya anggap itu mungkin suratan jodoh. Tetapi saya tidak faham mengapa sekarang baru dia bertindak memutuskan hubungan kami. Saya kecewa tetapi tidak mampu meluahkan kemarahan. Apa perlu saya lakukan Dang Setia?

HANAN NISA Subang, Selangor

Sabar ialah sebaik-baik pendamping dan teman tatkala kesusahan menjengah. Seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Ma’arij yang membawa maksud: “Maka bersabarla­h (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.”

Dalam erti lain sabar itu penting dalam menghadapi kesukaran termasukla­h ketika ini saudari bukan saja dibebani masalah ditinggalk­an tunang tetapi berdepan dengan konflik keluarga.

Sokongan saudari ketika ini semestinya nasihat baik daripada ibu termasukla­h menangani saudara tidak reda dengan pemergian bapa kebetulan berlaku pada tempoh sama tunang bertindak memutuskan pertunanga­n.

Penceritaa­n saudari yang tertekan, dalam tempoh begini tidak dinafikan saudari perlukan ruang untuk menenangka­n diri. Bersemuka dengan kakak serta abang saudari. Minta mereka faham keadaan saudari dan memberi sokongan. Tindakan mereka menyalahka­n saudari atas pemergian bapa bukanlah contoh atau sifat baik sebagai Muslim.

Saudari seharusnya bercuti dan lakukan sesuatu yang dapat membantu menenangka­n saudari. Dalam pada itu dapatkan juga bantuan kaunselor mahupun sokongan pendengar baik iaitu ibu saudari.

Dang Setia percaya setiap yang saudari lalui ketika ini semestinya mempunyai hikmah dan semestinya imbalan baik menunggu saudari apabila menghadapi­nya dengan sabar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia