Harian Metro

Tak suka kekasih kerja model

-

Saya tidak menyukai kekasih terbabit dalam bidang kerjaya glamor seperti model mahupun pelakon iklan. Pada saya meskipun ianya boleh meraih pendapatan tinggi, saya tidak berasa bidang itu menjanjika­n masa depan cerah. Tidak dinafikan saya juga khuatir pada masa sama dia akan mengenali lelaki dengan pakej lebih baik dan meninggalk­an saya begitu saja.

Kami bercinta dan berkenalan menerusi teman. Saya tidak tahu dia bekerja seorang model tetapi tertarik kerana penampilan menarik. Setelah enam bulan memikat barulah dia bersetuju keluar bersama dan ketika ini hubungan kami sudah mencecah setahun. Dia berkata ingin pergi lebih jauh dalam bidang ini dan ingin berhenti belajar.

Saya tidak setuju dan akhirnya kami bergaduh. Saya

Tidak dinafikan sukar mencapai kata sepakat mengenai isu karier teman wanita akan terus membuatkan hubungan saudara dengannya bermasalah. Dua hingga tiga kali pergaduhan untuk isu sama tidak memberi ancaman terhadap hubungan terbabit, namun kalau terus menerus isu sama dan berlarutan sehingga berbulan dan tahun berikutnya, ia menjadi bebanan.

Eloklah bersemuka dan andai kekasih sangat sukakan kerjaya itu, saudara harus sedar perkara perlu lakukan. Andai tiada toleransi dan menemui jalan mati, saudari mahupun kekasih harus menilai hala tuju hubungan percintaan terbabit.

Percintaan bukan mengenai kasih mahupun sayang semata-mata. Sebaliknya ia juga mengenai nilai lain termasukla­h latar belakang pasangan baik keluarga serta kerjaya harus dihormati.

Itu nilai seharusnya diberi perhatian andainya saudara mahupun kekasih merancang mahu melanjutka­n percintaan ke gerbang perkahwina­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia