Harian Metro

Anak buat masalah di sekolah

-

Saya mempunyai tiga anak iaitu dua perempuan dan seorang lelaki. Lelaki sudah menginjak usia 16 tahun dan dua lagi masih di sekolah rendah. Anak lelaki saya mempunyai masalah disiplin di sekolah dan sikapnya itu tidak menampakka­n perubahan apabila sering bergaul dengan rakan tidak baik.

Sebagai ibu, saya sering menegur tetapi dipandang remeh. Malah anak lelaki mengejek serta bersikap keras kepala. Mujurlah anak perempuan tidak bersikap sedemikian. Saya meminta suami menegur tetapi dia hanya berkata: “Biarlah kanakkanak baru nak membesar, biasalah kalau ada nakalnya.” Saya mengeluh kerana dia memang gemar manjakan anak lelaki saya.

Saya bimbang Dang Setia, kalau terlalu lama dibiarkan anak lelaki itu tidak dikawal dan boleh menimbulka­n masalah termasukla­h berpotensi menjadi orang bermasalah. Apa perlu saya lakukan?

ANA, Kuala Lumpur

Rakan sebaya mempunyai pengaruh cukup besar dalam perubahan tingkah laku remaja. Malah banyak kajian ilmiah mendapati rakan sebaya mempunyai pengaruh cukup besar terutama dalam kalangan remaja lelaki.

Sebagai contoh satu kajian dilakukan universiti tempatan pada 2011 mendapati pengaruh rakan sebaya boleh memberi kesan sehingga 70 peratus bagi remaja lelaki dan hanya 20 peratus bagi perempuan dalam isu gejala sosial.

Justeru, untuk itu peranan ibu bapa mahupun keluarga untuk menangani isu salah laku ini dengan lebih serius apabila anak puan menampakka­n kecenderun­gan terhadap sikap negatif.

Nasihat suami agar memainkan peranannya selaku bapa serta ketua keluarga dalam menangani sikap anak yang nyata membuat kesalahan termasukla­h tidak menghormat­i ibunya.

Jangan disebabkan sikap suami sambil lewa mengendali­kan isu anak akhirnya mendatangk­an kekesalan pada masa depan. Ambil pedoman pepatah lama berbunyi ‘melentur buluh biar daripada rebungnya’. Jadi untuk mengasuh anak biarlah awal dan membiarkan sikap itu menjadi tabiat, kelak ia sukar diubah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia