Harian Metro

HARYANTI LALI HELAH PEMBELIT

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

komersial lepas 10 tahun menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superinten­dan Haryanti Che Mat, 34, sudah lali dengan alasan diberikan suspek untuk meloloskan diri.

Dia yang kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah

Komersial Ibu Pejabat

Polis Daerah (IPD) Serdang memaklumka­n pernah berdepan dengan seorang suspek, lepas pemburuan empat tahun, berjaya ditahan kerana menipu seorang wanita warga emas berkaitan tender.

“Ketika itu, saya bertugas sebagai pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Taiping dan berjaya menahan suspek berusia lingkungan 30-an yang menipu seorang wanita warga emas berusia lingkungan 60-an.

“Sebaik ditahan, dia memaklumka­n bahawa wanita yang membuat laporan itu sudah meninggal dunia dan polis tidak boleh mengambil tindakan terhadapny­a.

“Suspek ini pandai menggunaka­n helah dan berusaha untuk meyakinkan saya bahawa mangsa memang sudah meninggal dunia memandangk­an kes itu sudah berlarutan hingga empat tahun. Bagaimanap­un, mujur saya dapat berhubung dengan mangsa yang tampil menafikan penipuan itu,” katanya.

Haryanti berkata, golongan pembelit atau penipu sanggup menggunaka­n apa saja helah bagi meyakinkan mangsa supaya menyerahka­n wang termasuk menjanjika­n pulangan yang tidak masuk akal.

“Banyak kes penipuan yang diterima membabitka­n pelaburan hartanah, rumah, urusan jual beli barang dalam talian selain cinta yang dijalankan secara bersemuka, panggilan telefon atau media sosial.

“Justeru, orang ramai diminta lebih peka terhadap tawaran diterima dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang menjanjika­n pulangan serta keuntungan tinggi semata-mata mahu cepat kaya,” kata siswazah Sarjana Pentadbira­n Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini.

Walaupun sibuk dengan tugasan menyelesai­kan laporan diterima, ia sama sekali tidak mengehadka­n anak bongsu daripada lima beradik ini menjalanka­n aktiviti sukan digemariny­a iaitu golf.

“Selain sibuk dengan rutin harian sebagai pegawai polis, saya juga meluangkan masa dengan menyertai aktiviti berkaitan sukan golf.

“Pembabitan aktif saya menyebabka­n saya dilantik sebagai ahli jawatankua­sa (AJK) Persatuan Golf PDRM.

“Saya tidak sangka minat saya terhadap sukan golf membantu lonjakkan imej PDRM pada peringkat antarabang­sa apabila berjaya merangkul pingat emas dan perak bagi kategori beregu dan terbuka wanita pada World Police and Fire Games di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2 Ogos lalu,” katanya.

 ??  ?? MASA terluang Haryanti diisi dengan bermain golf.
MASA terluang Haryanti diisi dengan bermain golf.
 ??  ?? HARYANTI menunjukka­n pingat emas dan perak yang dimenangin­ya pada World Police and Fire Games di Los Angelas, Amerika Syarikat, Ogos lalu.
HARYANTI menunjukka­n pingat emas dan perak yang dimenangin­ya pada World Police and Fire Games di Los Angelas, Amerika Syarikat, Ogos lalu.
 ??  ??
 ??  ?? HARYANTI komited
menyelesai­kan setiap kes jenayah komersial yang dilaporkan pada
pihaknya.
HARYANTI komited menyelesai­kan setiap kes jenayah komersial yang dilaporkan pada pihaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia