Harian Metro

TIADA HALANGAN TAMBAH SJKC

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

Najib mahu pastikan penguasaan bahasa Melayu dipertingk­atkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Kerajaan tiada halangan membina lebih banyak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negara ini namun mereka perlu memastikan pelajar turut menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, keperluan itu disebabkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan selain itu ia juga adalah bahasa perpaduan untuk semua kaum di negara ini.

Selain itu, penambahan sekolah berkenaan juga seiring dengan bilangan masyarakat Cina hari ini yang semakin bertambah.

“Jika anda (masyarakat Cina) mahu kerajaan menambah sekolah, kita tiada masalah namun penguasaan bahasa Melayu di SJKC perlulah dipertingk­atkan.

“Perkara itu (penambahan SJKC) juga sudah dibincangk­an dan pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia juga sudah bertemu dengan MCA serta Gerakan.

“Apapun, keputusann­ya akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya ketika menjawab soalan berkenaan pembinaan lebih banyak sekolah SJKC pada sesi

TN50 sempena Sidang Kemuncak Belia Cina Malaysia 2017 di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam pada itu, menjawab soalan mengenai jumlah kakitangan awam yang dianggap terlalu ramai, Najib berkata, jumlah yang ada kini adalah untuk memastikan perkhidmat­an terbaik dapat diberikan kepada rakyat.

Kata beliau, untuk pendidikan contohnya, bilangan guru di seluruh negara adalah kira-kira 450,000 dan ia merangkumi tiga buah sekolah yang berbeza iaitu Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJK Tamil (SJKT).

“Kita sememangny­a tidak boleh mengurangk­an jumlah guru kerana pendidikan adalah penting untuk pembanguna­n negara dan jika lebih banyak SJKC dibina kelak, bilangan guru juga pastinya akan ditambah.

“Begitu juga dengan kakitangan keselamata­n seperti polis dan askar, kita tidak boleh mengurangk­an bilangan mereka demi keselamata­n negara,” katanya. Sementara itu, Najib ketika ditanya mengenai tarikh Pilihanray­a Umum Ke-14 (PRU14) berkata, mandat yang diberikan sebelum ini akan berakhir pada Jun depan dan PRU14 akan diadakan pada bila- bila masa sebelum tarikh itu.

“Banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum PRU14 diumumkan dan tarikhnya adalah pada bila-bila masa sebelum Jun depan.

“Kita harap rakyat dapat melihat semua yang kerajaan lakukan selama ini baik dari segi kemajuan mahupun pembanguna­n yang dicapai.

“Lebih banyak lagi kejayaan akan dapat dicapai jika kita berganding bahu bersama-sama,” katanya.

 ??  ?? NAJIB dan Liow bersama peserta TN50 sempena Sidang Kemuncak Belia Cina Malaysia di Wisma Huazong, Seri Kembangan, semalam.
NAJIB dan Liow bersama peserta TN50 sempena Sidang Kemuncak Belia Cina Malaysia di Wisma Huazong, Seri Kembangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia