Harian Metro

PESONA KENYIR

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

Tawar pelbagai produk pelanconga­n menarik selain

tasik luas terbentang

Tasik Kenyir antara produk pelanconga­n utama Terengganu selain kawasan pesisir pantai yang memanjang dan juga keindahan pulaunya.

Terkenal sebagai tasik buatan manusia yang luas serta kawasan tumpuan seperti Santuari Kelah, air terjun, taman orkid, taman rama-rama dan terkini sebagai zon bebas cukai.

Dengan wujudnya Perkampung­an Konservasi Gajah Kenyir (KECV) turut memberi pilihan kepada pengunjung bertandang ke tasik itu.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Omar Ismail berkata, KECV yang dibangunka­n kerajaan negeri itu antara produk tarikan pelancong.

Menurutnya, kepelbagai­an produk pelanconga­n memberikan banyak pilihan kepada pengunjung dengan pelbagai tarikan lain termasuk KECV.

“Dengan adanya pelbagai produk itu membantu merancakka­n lagi sektor pelanconga­n di kawasan ini sekali gus membantu meningkatk­an ekonomi penduduk setempat dan sekitarnya.

“Selain itu, secara tidak langsung anak tempatan memperoleh pekerjaan, begitu juga pengusaha bot laju dan rumah bot mendapat manfaat hasil pembanguna­n Tasik Kenyir,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya melihat kewujudan KECV bukan setakat bagi sektor pelanconga­n semata-mata kerana ia juga mampu mengurangk­an konflik antara manusia dan gajah selain tarikan perkampung­an itu tersendiri dan manfaatnya dapat dikecapi bersama.

Katanya, perancanga­n dibuat amat tepat dan sesuai dengan keadaan serta pihaknya terus membangunk­an kawasan tasik itu sejajar kehendak kerajaan negeri yang mahu memfokuska­n industri pelanconga­n di Tasik Kenyir.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia