Harian Metro

PERLU BERI TEKANAN Jusuf Kalla rasa terhina Bugis dilabel lanun

-

Masyarakat antarabang­sa perlu memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar bagi menghentik­an penindasan terhadap etnik Rohingya dan mengembali­kan pelarian ke kampung halaman mereka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan secara menyeluruh perlu dilaksanak­an sebagai langkah susulan.

“Dalam perbincang­an tidak rasmi saya bersama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, saya menyaranka­n satu pasukan pemantau antarabang­sa dibentuk untuk memastikan keselamata­n pelarian yang pulang ke kampung halaman.

“Cadangan ini masih terlalu awal tetapi saya akan memaklumka­n Perdana Menteri

Istanbul: Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mengaku beliau berasa terhina dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabel keturunan Bugis sebagai lanun.

Ia dinyatakan beliau dalam perbincang­an tidak rasmi dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8), kelmarin.

Ahmad Zahid berkata, Jusuf yang berketurun­an Bugis menyatakan ungkapan itu seolah-olah menghina mereka sama ada di Malaysia atau di Indonesia.

“Penjajah yang melabelkan orang Bugis kononnya sebagai lanun. Mereka sebenarnya pahlawan yang menentang penjajah.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut tetapi sudah pasti ramai yang terkesan dengan penghinaan ini kerana ia seolah-olah merendahka­n keturunan daripada rumpun Melayu yang pada sejarahnya penyumbang kepada kepahlawan­an di Nusantara,” katanya. Datuk Seri Najib Razak dan berbincang dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk dibawa ke Kabinet,” katanya pada sidang media kepada wartawan Malaysia mengenai pencapaian sidang kemuncak D-8 di Istanbul, Turki, malam kelmarin.

Turut hadir, Anifah dan Duta Besar Malaysia ke Turki Datuk Abd Razak Abdul Wahab.

Ahmad Zahid berkata, ini kerana pembentuka­n pasukan pemantau antarabang­sa memerlukan resolusi Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kerjasama badan antarabang­sa lain seperti Pertubuhan Migrasi Dunia (IOM).

“Jadi perkara ini perlu dibawa ke Kabinet supaya hasrat Malaysia dapat disampaika­n kepada semua badan antarabang­sa yang berkaitan,” katanya.

Menurutnya, Erdogan selaku Pengerusi Sidang Kemuncak D-8 Kesembilan yang berakhir kelmarin, turut menyatakan komitmen untuk mengambil langkah proaktif membantu etnik Rohingya dalam apa jua bentuk.

“Beliau mahu negara Islam D-8 memberikan perhatian dan bantuan sewajarnya kepada pelarian Rohingya.

“Dalam ucapannya, beliau turut memaklumka­n isteri serta anaknya juga sudah melawat kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh sekali gus memperliha­tkan komitmen beliau secara rasmi dan peribadi untuk bekerjasam­a menangani isu berkenaan.

“Beliau amat menghargai usaha dilakukan Malaysia dalam memberikan bantuan kemanusiaa­n kepada rakyat Rohingya,” katanya.

Henti penindasan terhadap etnik Rohingya, kembalikan pelarian ke kampung halaman mereka

 ??  ?? ERDOGAN bersalaman dengan Ahmad Zaid pada sidang kemuncak D-8 di Istanbul, Turki.
ERDOGAN bersalaman dengan Ahmad Zaid pada sidang kemuncak D-8 di Istanbul, Turki.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia