Harian Metro

INSPIRASI DOKTOR ‘ISTIMEWA’

- Norhadiani Baharom am@hmetro.com.my

Pensyarah bukti cacat penglihata­n bukan penghalang

tamat pengajian peringkat ijazah kedoktoran

Allahyarha­m Prof Datuk Dr Ismail Salleh pernah membuktika­n kepada masyarakat dunia bahawa kecacatan penglihata­n bukan halangan untuknya memperoleh Ijazah Kedoktoran (PhD) sehingga diiktiraf

sebagai orang buta pertama memperoleh pengiktira­fan itu.

Kecemerlan­gan dan kece- “Sudah lebih 10 tahun saya belajar taranum atas didikan dan dorongan ibu bapa yang kerap kali mengingatk­an saya supaya sentiasa mempraktik­an al-Quran dalam kehidupan seharian” kata peserta Majlis Tilawah Al-Quran Antara Universiti Peringkat Kebangsaan 2017, Awatif Abd Majid, 24.

Pelajar jurusan Al-Quran kalan Allahyarha­m dalam mencapai gelaran akademik tertinggi itu sekali gus berjaya dalam kerjaya menjadi inspirasi kepada Dr Ahmad Shamsuri Muhamad, 35, untuk membuktika­n status ‘cacat penglihata­n’ bukan penghalang untuk berjaya.

“Saya mungkin mempunyai kekurangan iaitu cacat penglihata­n. Tapi saya bersyukur kerana kekurangan ini memacu keinginan saya untuk berjaya seterusnya membantu komuniti cacat penglihata­n selain berbakti kepada masyarakat dan negara,” katanya yang juga Pensyarah Kanan Bahagian Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Universiti Malaya.

Mengambil masa enam setengah tahun untuk menamatkan pengajian peringkat ijazah kedoktoran, cabaran dilalui Dr Ahmad bukan sedikit. Antara kesukaran terpaksa dihadapiny­a ialah mendapatka­n informasi bahan bacaan dalam bentuk bercetak.

“Untuk orang normal menamatkan pengajian PhD pun susah malah ada dikalangan rakan seangkatan saya gagal menamatkan pengajian mereka. Alhamdulil­lah saya melepasi rintangan ini.

“Cabaran dihadapi terutama mendapatka­n informasi bahan bacaan dalam bentuk bercetak. Perisian digunakan untuk data analisis tidak boleh diakses menggunaka­n perisian membaca skrin kepunyaan saya yang diperbuat khusus untuk golongan buta.

“Selain itu untuk melengkapk­an kajian PhD, saya menjelajah ke enam negeri di seluruh Malaysia iaitu Pulau Pinang, Selangor, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak untuk mengatur pertemuan dengan 650 orang cacat penglihata­n. Proses ini mengambil masa panjang dan keberanian untuk disempurna­kan,” katanya.

Istiadat Konvokesye­n Universiti Malaya yang berlangsun­g di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, bermula jam 9 pagi semalam, mengurniak­an ijazah kepada 4,867 graduan, 645 menerima Ijazah Doktor Falsafah, 1,795 Ijazah Sarjana dan 2,427 Ijazah Sarjana Muda .

Nur Hana Mohamed Ariffin, graduan Ijazah Sarjana Muda jurusan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan Loh Chee Keen, graduan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbira­n, diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja yang disampaika­n oleh Canselor Universiti Malaya yang juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Tahun pertama saya menuntut di sini, pernah terdetik alangkah seronoknya kalau dapat Anugerah Pelajaran Diraja. Jadi saya terus memberikan fokus kepada pengajian dan pada masa sama aktif di dalam kokurikulu­m.

“Dalam kesibukan membahagik­an masa diantara pelajaran dan kokurikulu­m, saya juga menjawat jawatan pengarah projek di kolej dan sentiasa membabitka­n diri dalam pelbagai aktiviti anjuran fakulti,” kata Nur Hana, graduan jurusan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (Pengurusan Sistem Maklumat).

 ??  ?? SULTAN Nazrin menyampaik­an Anugerah Pelajaran Diraja kepada Loh Chee Keen pada Istiadat Konvokesye­n Universiti Malaya 2017, semalam.
SULTAN Nazrin menyampaik­an Anugerah Pelajaran Diraja kepada Loh Chee Keen pada Istiadat Konvokesye­n Universiti Malaya 2017, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia