Harian Metro

BAWA PULANG ADAB SOPAN

-

 Pemuda Palestin kagum budaya masyarakat Muslim Malaysia

“Adab masyarakat di sini (Malaysia) berbeza dengan masyarakat Arab. Saya sudah berada di tiga negara Islam lain tetapi adab masyarakat terutamany­a Muslim Malaysia amat mengagumka­n.

“Remaja menghormat­i yang tua dan sebaliknya. Walaupun tidak mengenali antara satu dan lain, orang Malaysia suka membantu sesiapa sahaja dalam kesusahan,” kata pemuda Palestin, Nadim KM Madi, 30.

Nadim yang berhasrat untuk menjadi pensyarah bagi mendidik pemuda Palestin berkata, adab serta kesopanan masyarakat Malaysia pasti beliau kembangkan ke Palestin apabila pulang nanti.

Berasal dari Gaza dan sudah hampir 11 tahun berada di Malaysia sejak menyelamat­kan diri selepas berlakunya intifada, beliau menjelaska­n pelbagai perkara baik dipelajari di negara ini yang boleh dibawa pulang ke Palestin untuk dijadikan amalan khususnya adab dan sikap tolong-menolong.

Mengimbau kembali kedatangan­nya ke Malaysia, Nadim yang kini melanjutka­n pengajian doktor falsafah (PhD) dalam jurusan rangkaian komputer Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, dia bersendiri­an ke negara ini sebelum ke Kedah untuk belajar di sana.

“Saya buat sedikit kajian sebelum datang pada 2006, selepas berpuas hati saya memohon belajar di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Budaya masyarakat setempat sangat berbeza dengan kami di Palestin. Ia kenangan indah yang sukar dilupakan terutamany­a membabitka­n diri dalam program kemasyarak­atan di kawasan sawah padi.

“Bersama keluarga angkat di kampung di Kedah cukup menarik, malah saya jatuh cinta pada masakan kampung,” katanya.

Katanya, antara makanan dan minuman kesukaanny­a adalah ayam goreng kunyit dan air batu campur (ABC).

Nadim berkata, kejayaanny­a menamatkan pengajian di UUM sebelum melanjutka­n pelajaran di UPM banyak dibantu badan bukan kerajaan (NGO) seperti Aman Palestin Berhad (Aman Palestin).

“Mereka banyak membantu khususnya segi sumbangan kewangan. Ramai rakan saya menerima bantuan sama,” kata penerima Kafalah Dermasiswa Aman Palestin itu.

Diminta menceritak­an keadaan tempat asalnya Gaza, nada pemuda Rafah itu bertukar sayu apabila memberitah­u wartawan adik perempuann­ya, Nada menjadi korban syahid akibat ditembak tentera rejim Zionis.

Kejadian 2002 ketika adiknya berusia 10 tahun itu, katanya, amat terkesan sehingga hari ini dan dia juga menamakan anak perempuann­nya yang lahir di Malaysia dengan nama Nada.

“Saya berkahwin dengan isteri Nur Kamal Madi yang kini berusia 25 tahun ketika pulang ke Gaza, namun kedua-dua anak saya iaitu Nada dan Yamin dilahirkan di Malaysia.

“Penganggur­an di Palestin adalah sekitar 60 peratus. Saya berharap dapat berkhidmat dahulu di negara ini dan menimba ilmu serta kepakaran sebelum pulang ke Gaza,” kata anak sulung daripada lima beradik itu.

 ??  ?? KEHIDUPAN di Palestin terus mencengkam akibat
keganasan regim Zionis.
KEHIDUPAN di Palestin terus mencengkam akibat keganasan regim Zionis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia