Harian Metro

Rindu menganyam guna tali pengikat kotak

-

Kuala Berang: “Sebelum ini saya mampu menganyam bakul menggunaka­n tali pengikat kotak, kertas surat khabar dan tali rafia namun selepas diserang demam panas, ingatan saya semakin merosot dan sukar membuat anyaman seperti dulu,” kata Jarah Ismail, 48, dari Kampung Basun, di sini.

Hasil anyaman yang dibuat sebelum ini mampu menambah pendapatan keluarga dan sekiranya kesihatan beransur pulih, dia ingin meneruskan kerja seperti dulu.

Kebiasaann­ya, pelanggan membawa tali pengikat kotak untuk dianyam dan ada juga tali yang dicarinya sendiri selain penggunaan tali rafia.

“Wang hasil anyaman boleh menambah pendapatan keluarga namun kini saya terpaksa berhenti kerana kesihatan tidak mengizinka­n berikutan kerja anyaman memerlukan ketelitian.

“Wang anyaman dapat juga membantu kerana suami (Isa Ahmad, 59) hanya bekerja kampung dengan pendapatan antara RM600 dan RM700 sebulan bergantung kepada kerja yang dilakukann­ya,” katanya.

Menurutnya, dia pernah mengikuti kursus anyaman bersama MARA sebelum ini dan suaminya juga banyak membantu mencari rotan dan buluh untuk membuat anyaman.

Pelanggann­ya lebih tertarik dengan anyaman tali pengikat kotak manakala dua jenis tali digunakan iaitu tali kasar dan halus untuk membuat anyaman tudung saji.

“Saya rindu untuk kembali menganyam bakul dan tudung saji menggunaka­n tali pengikat kotak kerana produk berasaskan bahan terbuang itu jarang digunakan,” katanya.

Isa berkata, sejak sakit beberapa tahun lalu, isterinya itu terpaksa berhenti menganyam bakul dan tudung saji kerana tidak dapat fokus dengan kerja menganyam.

“Saya harap isteri sembuh seperti sedia kala dan mampu menganyam seperti dulu apatah lagi kerja itu dilakukan isteri sejak muda dan mampu menambah pendapatan keluarga,” katanya.

 ??  ?? JARAH bersama hasil anyamannya menggunaka­n tali pengikat kotak.
JARAH bersama hasil anyamannya menggunaka­n tali pengikat kotak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia