Harian Metro

ANJING JADI MANGSA

- Ravale Savarinath­an am@hmetro.com.my

Perbuatan jijik seorang lelaki melakukan hubungan luar tabii dengan seekor anjing berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis di Jalan Changkat Jong, di sini, Rabu lalu dan video ‘aksi’ lelaki itu kini tular di media sosial.

Dalam video berdurasi satu minit 37 saat itu, lelaki terbabit dilihat mendukung anjing sebelum duduk di depan pintu pagar sebuah kedai aksesori kereta dan melakukan hubungan luar tabii berkenaan.

Pemilik kedai aksesori terbabit yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 pagi pada cuti Deepavali lalu.

“Pada masa kejadian, kedai belum buka lagi namun bila saya sampai dan periksa CCTV, baru nampak perbuatan lelaki itu.

“Difahamkan, lelaki terbabit adalah gelandanga­n dan mungkin kurang siuman yang selalu berkeliara­n di kawasan berhampira­n.

“Anjing berkenaan juga dipercayai anjing tidak bertuan dan sering berada di kawasan sekitar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak berniat memperbesa­rkan perkara itu dan hanya berkongsi rakaman CCTV dengan kawan serta tidak menyangka ia kemudian menjadi tular.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Marzhuki Mohd Mokhtar ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian terbabit.

“Bagaimanap­un polis akan cuba mengenal pasti dan mengesan lelaki yang dirakam melakukan perbuatan itu,” katanya.

Rakaman CCTV dedah lelaki gelandanga­n lakukan hubungan luar tabii dengan haiwan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia