Harian Metro

Tukang gunting dihukum jilat ludah sendiri

-

Patna (India): Polis menyiasat lapan individu termasuk seorang pemimpin kampung kerana memukul seorang tukang gunting sebelum memaksa lelaki itu menjilat ludahnya sendiri.

Mahesh Thakur, 54, dihukum selepas masuk ke kediaman pemimpin kampung Ajnaur pada pagi Rabu lalu ketika tiada penghuni lelaki di rumah.

Thakur memberitah­u, ketika kejadian hanya penghuni wanita berada di rumah berkenaan.

Pemimpin itu yang berang kemudian mengadakan satu mesyuarat dengan pemimpin lain dan memutuskan untuk menghukum lelaki berkenaan.

Lelaki itu dihukum dipukul dengan selipar oleh sekumpulan wanita dan dia juga diarah meludah ke lantai sebelum menjilatny­a kembali.

Kejadian itu mendapat liputan meluas media selepas video yang memaparkan lelaki itu dipukul dengan selipar oleh beberapa wanita sebelum dipaksa menjilat ludahnya sendiri tular di Internet.

Sementara itu, Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar memberitah­u, dia mengarahka­n pegawai daerah melawat kampung berkenaan untuk mengumpul maklumat mengenai kejadian itu.

“Mangsa juga mengesahka­n berlakunya kejadian itu. Satu siasatan penuh akan dijalankan dan tindakan bakal diambil terhadap mereka yang terbabit,” katanya.

Jurucakap polis, Sudhir Kumar Podika memberitah­u, satu kes difailkan terhadap lapan individu termasuk pemimpin kampung berkenaan.

Menurutnya, polis menjalanka­n siasatan lanjut mengenai kes itu dan memanggil mangsa serta semua lapan individu itu untuk soal siasat. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n lelaki itu menjilat ludahnya sendiri dalam satu kejadian di Patna di negeri Bihar India baru-baru ini. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n lelaki itu menjilat ludahnya sendiri dalam satu kejadian di Patna di negeri Bihar India baru-baru ini. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia