Harian Metro

BUBAR PARLIMEN CATALONIA

Sepanyol ambil langkah drastik sekat gerakan kemerdekaa­n di wilayah itu

-

Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy semalam berkata, kerajaanny­a akan membubarka­n pentadbira­n Catalonia dan mengumumka­n pilihan raya umum di wilayah itu dalam usaha mengelak pemimpinny­a mengisytih­arkan kemerdekaa­n.

Rajoy berkata, kerajaanny­a tiada pilihan selepas pemimpin Catalonia, Carles Puigdemont bertindak secara sebelah pihak, bertentang­an dengan undang-undang dan mencetuska­n permusuhan dengan mengadakan pungutan suara kemerdekaa­n.

Dia mengumumka­n langkah drastik Sepanyol itu dalam satu sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat tergempar Kabinet.

Menggunaka­n Artikel 155 dalam Perlembaga­an, Rajoy berkata, dia meminta Senat memberi kebenaran untuk dia membubarka­n parlimen Catalonia dan menggesa satu pilihan raya dalam tempoh enam bulan.

Rajoy juga meminta semua kerajaan Puigdemont dilucutkan fungsi mereka.

Dewan Senat nasional kini perlu meluluskan langkah itu - satu proses yang mengambil masa kira-kira seminggu.

Parti Rakyat pimpinan Rajoy memiliki majoriti di Senat. Langkah itu mendapat sokongan parti utama lain dan ia dijangka diluluskan Senat tanpa masalah.

Catalonia mencetuska­n krisis politik terburuk dalam tempoh berpuluh tahun di Sepanyol selepas membuat pungutan suara pada 1 Oktober lalu dengan Puigdemont mendakwa 90 peratus pengundi mahu merdeka.

Bagaimanap­un, jumlah penduduk yang keluar mengundi hanya 43 peratus dengan ramai penentang kemerdekaa­n memboikot pungutan suara yang diisytihar­kan tidak sah oleh Mahkamah Perlembaga­an.

Pungutan suara itu juga dicemari dengan keganasan apabila polis bertindak merampas kertas dan peti undi serta menutup pusat pengundian.

 ??  ?? RAJOY dalam sidang media semalam selepas mempengeru­sikan mesyuarat tergempar Kabinet di Madrid. - AFP
RAJOY dalam sidang media semalam selepas mempengeru­sikan mesyuarat tergempar Kabinet di Madrid. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia