Harian Metro

BOM 2 MASJID

- Agensi

 76 maut dalam serangan berani

mati ketika solat Jumaat

Dua serangan bom berani mati ketika solat Jumaat di dua masjid di Afghanista­n kelmarin meragut nyawa sekurang-kurangnya 76 mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak, kata pegawai dan saksi.

Seorang pengebom berani mati masuk ke sebuah masjid Syiah dan meletupkan diri ketika orang ramai solat di Kabul kelmarin.

Jurucakap Kementeria­n Dalam Negeri memberitah­u, sekurang-kurangnya 56 maut dan 55 lagi cedera dalam serangan di Masjid Imam Zaman di daerah Dasht-e-Barchi di Kabul itu.

Kumpulan militan Daish mengaku bertanggun­gjawab melancarka­n serangan itu tetapi tidak mengemukak­an bukti menyokong dakwaan mereka.

Seorang penduduk, Ibrahim berkata, tingkap di masjid itu pecah, manakala darah dan daging manusia bertaburan di lantai dan dinding.

“Anda boleh bau darah dan daging manusia di dalam masjid ini. Ini tindakan sangat kejam. Ini bukan tindakan orang beragama Islam.

“Mereka menyerang jemaah bersolat, kini di dalam masjid juga tidak selamat untuk kami beribadat,” tegasnya.

Dalam satu kejadian berasingan, satu serangan bom berani mati membunuh 20 jemaah dan mencederak­an puluhan mangsa di sebuah masjid di tengah wilayah Ghor.

Gabenor Balkh, Atta Mohammad Noor yang juga pemimpin parti Jamiat berkata, serangan ketika solat Jumaat itu disasarkan kepada seorang pemimpin parti politik berkenaan.

Bagaimanap­un, tiada pihak yang mengaku melancarka­n serangan berkenaan.

 ??  ?? SEORANG lelaki berjalan berhampira­n dinding masjid yang dipenuhi dengan kesan darah. - EPA
SEORANG lelaki berjalan berhampira­n dinding masjid yang dipenuhi dengan kesan darah. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia