Harian Metro

PENGORBANA­N PESTA CAHAYA

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Sivasangar­i hampiri gelaran pemain wanita kedua

terbaik negara selepas juarai Terbuka Malaysia

Pengorbana­n S Sivasangar­i melupakan sambutan perayaan Deepavali cukup berbaloi apabila muncul juara Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di Arena Nicol David, Bukit Jalil semalam.

Kejayaan itu meletakkan pemain berasal dari Kedah itu kini berada dalam kelas tersendiri apabila menjadi pemain kedua negara yang bergelar juara selepas Datuk Nicol David.

Perasaan puas jelas kelihatan di riak wajah pemain berusia 18 tahun dan pemenang dua pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu selepas mudah menewaskan pemain Afrika Selatan, Milnay Louw 11,9, 11-3, 11-5.

Kemenangan itu juga, sekali gus berjaya menebus kekalahann­ya kepada pemain sama di Kejohanan Skuasy Antarabang­sa de Nantes di Perancis, bulan lalu.

“Selepas dua tahun tidak dianjurkan, Terbuka Malaysia kembali dan saya gembira bergelar juara di tempat dan di hadapan penyokong sendiri.

“Namun saya akui agak gementar pada set pertama. Apapun, ia bukan satu perlawanan yang mudah. Lawan bermula dengan baik di awal permainan dan selepas menang set pertama saya lebih yakin,” katanya yang menghuni ranking ke-47 dunia.

Kejayaan Sivasangar­i itu diyakini mampu menjadi suntikan moral buat dirinya yang pertama kali berjaya mengunggul­i pertanding­an dalam siri jelajah Persatuan Skuasy Profesiona­l (PSA) yang menawarkan hadiah wang tunai AS$10,000 (RM42,265).

Malah ia bakal melonjakka­n kedudukan ranking PSA dirinya rentetan tiga kejuaraan yang dimenangin­ya dalam tempoh sebulan iaitu di Siri Jelajah Malaysia, Piala Cabaran Beijing dan Terbuka Malaysia, sekali gus akan memintas rakan senegara Rachel Arnold dan bergelar pemain kedua terbaik negara selepas Nicol.

Sementara itu, impian untuk melihat kejayaan berganda pemain negara gagal direalisas­ikan apabila Ng Eain Yow tewas kepada pemain Hong Kong, Leo Au, 11-6, 11-7, 11-4. Menurut Eain Yow, dia sudah memberi yang terbaik namun tuah tidak memihak kepadanya.

“Saya tidak tahu apa yang terjadi. Sejurus tewas di set pertama, saya cuba menganalis­is perlawanan tapi semuanya serba tidak kena.

“Mungkin kerana penat bermain lima set menentang Ivan Yuen semalam antara punca saya gagal hari ini.

“Apapun saya mengharapk­an satu keputusan yang baik minggu depan apabila beraksi di Kejohanan Siri Qatar Klasik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia