Harian Metro

Skuad hoki remaja pertaruh muka baru dan lama

- Rizar Mohd Noor rizar@mediaprima.com.my

Johor Bahru: Skuad remaja negara akan mempertaru­hkan gabungan muka lama dan baru bagi menggalas cabaran pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor yang bermula di Stadium Hoki Taman Daya Johor Bahru, hari ini.

Pengurus pasukan negara, Nor Saiful Zaini (gambar) berkata, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Mohammad Firdaus Omar, Mohamad Zulhamizan Awang Abas, Norsyafiq Sumantri dan Muhammad Zaimi Mat Deris adalah lima muka lama yang pernah beraksi dalam kejohanan itu tahun lalu yang dikekalkan.

Katanya, pemain lain yang disenaraik­an adalah barisan muda berumur antara 18 tahun dan 19 tahun dan ia antara perancanga­n jangka panjang Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) bagi persiapan menghadapi Piala Asia Remaja 2019.

“Barisan pemain hoki yang dibentuk untuk kejohanan kali ini gabungan senior dan remaja, malah mereka sudah menjalani latihan enam fasa selama hampir tiga bulan.

“Saya tidak meletakkan sasaran untuk menjuarai kejohanan, sebaliknya kita akan menilai dan membentuk barisan yang mantap dalam setiap perlawanan yang diharungi bermula dengan aksi pertama menentang Great Britain, esok (hari ini).

“Walaupun kami tewas 1-2 kepada Jepun dalam aksi pemanas badan, tetapi itu bukan ukuran sebenar kerana ia berlangsun­g 30 minit sahaja dan kami mengesan beberapa kelemahan dan akan perbaiki segera sebelum kejohanan bermula,” katanya.

Selain skuad hoki remaja dan Great Britain, pasukan lain yang menyertai kejohanan berkenaan adalah Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan India.

Legenda hoki negara itu juga menyifatka­n kejohanan yang dianjurkan Persatuan Hoki Johor dan diiktiraf Persekutua­n Hoki Antarabang­sa Antarabang­sa (FIH) berkenaan mampu menjadi medan terbaik kepada pemain remaja negara bersaing dengan pasukan berkelas dunia.

 ??  ?? SKUAD hoki remaja negara ketika menjalani latihan.
SKUAD hoki remaja negara ketika menjalani latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia