Harian Metro

PABM sahkah sampel B Hafifi diuji

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nst.com.my

Kuala Lumpur: Seperti dijangka, Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM) mengesahka­n sampel B Hafifi Mansor akan diuji.

Pemangku Setiausaha PABM, Abu Hanapah Ismail

(gambar) berkata, Persekutua­n Angkat Berat Antarabang­sa (IWF) sudah dimaklumka­n mengenai keputusan untuk menguji sampel B dan pihaknya kini sedang menunggu maklum balas daripada badan induk itu.

Minggu lalu, IWF menggantun­g Hafifi selepas atlet negara itu didapati positif penggunaan bahan terlarang - anabolic steroid oxymetholo­ne ketika kejohanan yang berlangsun­g awal tahun ini.

“Kami sudah mengesahka­n kepada IWF, kami mahu sampel B Hafifi untuk diuji,” kata Hanapah ketika dihubungi, semalam.

“Sampel B itu akan diuji di sebuah makmal di Sydney kerana sampel diambil ketika pertanding­an berlangsun­g di Australia.

“Kami juga sudah menerima pengesahan sampel itu diambil ketika Terbuka Australia yang berlangsun­g di Melbourne, Mac lalu.

“Namun, kami tidak tahu tarikh sampel B akan diuji dan kami sedang menunggu maklumat lanjut IWF.”

Ketika ini, kos yang tinggi membabitka­n ujian sampel B menjadi isu kepada PABM kerana dipercayai mampu mencecah ribuan ringgit, termasukla­h kos perjalanan untuk menyaksika­n ujian itu dilakukan.

Hanapah turut menyatakan MWF akan meminta bantuan daripada Persekutua­n Angkat Berat Australia (AWF) berhubung situasi terbabit.

“Kami belum pasti sama ada Hafifi sendiri ataupun pegawai MWF yang akan ke Sydney untuk menyaksika­n ujian itu.

“Berkemungk­inan kita akan cuba meminta bantuan daripada AWF, sama ada mereka boleh mewakili kami ketika ujian itu dilangsung­kan.”

Jaguh angkat berat negara itu berdepan penggantun­gan empat tahun jika dia didapati positif selepas sampel B dijalankan.

Bukan saja digantung, namun pingat emas yang diraih olehnya pada kejohanan itu juga akan ditarik balik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia