Harian Metro

BERSARA TAK SELESAI MASALAH

-

Saya pasti ketika ini ramai yang mempersoal­kan mengenai prestasi jaguh perseorang­an utama negara Datuk Lee Chong Wei selepas dia tewas pada pusingan kedua di Terbuka Denmark di tangan pemain India HS Prannoy, Khamis lalu.

Sejak kebelakang­an ini, jelas sekali Chong Wei tidak berada pada prestasi terbaik apabila tersingkir awal di Kejohanan Dunia sebelum tewas pada aksi final Terbuka Jepun kepada Viktor Axelsen dari Denmark.

Tewas kepada Prannoy menguatkan lagi andaian ramai bahawa pemain yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-35 semalam itu sudah tidak mampu bersaing lagi dan mungkin tiba masanya untuk bersara.

Namun, adakah dengan gesaan untuknya bersara akan dapat memulihkan prestasi skuad negara terutama menerusi acara perseorang­an?

Sudah tentu tidak. Kebimbanga­n mencari pelapis terbaik untuk Chong Wei sudah lama didebatkan, malah Chong Wei sendiri mengakui belum ada pemain yang mampu berdiri setanding dengannya atau sekurang-kurangnya mampu memberi saingan seperti dirinya.

Jadi, meminta Chong Wei untuk bersara bukanlah keputusan terbaik ketika ini.

Saya fikir Chong Wei perlu mencurahka­n ilmu dan pengalaman­nya terlebih dulu kepada barisan pemain muda negara. Pengalaman yang ada pada Chong Wei cukup ‘bernilai tinggi’ dan sepatutnya diturunkan kepada pemain lain.

Namun, sebenarnya Chong Wei sudah lama cuba untuk membantu pemain perseorang­an negara di sesi latihan.

Cuma diharapkan selepas ini dia mampu mencurah lebih banyak ilmu lagi supaya apabila tiba masa untuknya mengambil keputusan bersara, barisan pemain negara tidak terkapai-kapai.

Mungkin ini boleh disifatkan sumbangan kembali Chong Wei kepada negara selepas banyak bantuan dan

perseorang­an

yang sokongan diberikan kepadanya untuk muncul antara legenda terbaik dunia.

Soal prestasi semasa Chong Wei, sememangny­a dia memerlukan perubahan corak permainan.

Sekarang ini, bukan satu atau dua pemain, sebaliknya sudah ramai yang dapat membaca corak permainann­ya dan ia adalah senjata paling berkesan untuk menumbangk­an Chong Wei.

Dengan faktor usia yang semakin meningkat, jelas sekali Chong Wei mempunyai kekurangan di situ.

Seperti yang sering saya katakan sebelum ini, Chong Wei sebenarnya masih mempunyai kudrat untuk beraksi.

Tapi, kudrat itu tidak gah seperti dulu. Sebab itu barisan jurulatih serta Chong Wei perlu memikirkan corak permainan yang berbeza untuk membolehka­nnya kekal relevan bersaing di atas gelanggang.

Namun, tiba masanya nanti Chong Wei akan bersara juga dan ketika itu harap-harap ada klon kedua Chong Wei. Jumpa lagi.

 Nasib skuad perseorang­an negara tetap tidak

berubah sekiranya Chong Wei gantung raket

 ??  ?? CHONG Wei perlu ubah taktikal dan corak permainan untuk kekal bersaing.
CHONG Wei perlu ubah taktikal dan corak permainan untuk kekal bersaing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia