Harian Metro

KORBAN BERBALOI

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Soalan: Muhamad Fuad Mohd Redzuan, anda berjaya menamatkan kemarau emas skuad tinju negara sejak edisi 2009. Pada masa yang sama ia turut menamatkan penantian anda untuk muncul juara pada penampilan kelima Sukan SEA.

Boleh anda kongsikan resipi kejayaan ini?

“SPahmi Radzi Klebang, Melaka ukan SEA kali ini adalah paling sukar untuk saya mempersiap­kan diri. Banyak yang perlu saya korbankan untuk mencapai kejayaan ini.

Antaranya berjauhan dengan keluarga terutamany­a ketika anak saya masih kecil, lahir pada 13 September tahun lalu. Jika berkesempa­tan, paling lama pun saya hanya bersamanya selama dua hari kerana sibuk dengan latihan untuk menghadapi Sukan SEA termasuk ke luar negara.

Saya mendapat latihan yang sempurna kali ini sama ada dari segi kemahiran atau rakan “sparring.” Tempoh yang mencukupi membolehka­n saya memahami dan mempelajar­i teknik dan kemahiran yang betul berbanding sebelum ini mempunyai tempoh yang lebih pendek.

Kejayaan memenangi emas ini amat bermakna kerana saya sendiri sudah mencuba sejak Sukan SEA 2009 iaitu ketika kali terakhir Malaysia memenangi emas menerusi Mohd Farkhan Haron dan Mohd Fairus Azwan Abdullah.

Ketika itu saya baru berusia 18 tahun dan pencapaian terbaik adalah di Myanmar pada 2013 apabila meraih gangsa.

 Fuad dapat latihan sempurna akhiri kemarau emas negara sejak edisi 2009

Namun impian saya sudah menjadi kenyataan apabila meraih emas dalam kategori 49kg dan lebih manis dapat dilakukan di hadapan penyokong sendiri.

Ia juga amat bermakna kepada sukan tinju di Malaysia kerana sudah tiga edisi Sukan SEA kami gagal menyumbang­kan emas kepada negara.

Akibatnya tinju semakin kurang mendapat perhatian dan apabila berjaya memenangi emas, secara tidak langsung ia memberi sinar baru kepada sukan ini.

Saya pasti ia akan membakar semangat semua pihak untuk terus melahirkan bakat tinju dalam kalangan anak muda.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia