Harian Metro

Hamilton pamer aksi luar biasa

-

Ducati Dovizioso bergelut untuk muncul pelumba ke-11 terpantas dan akan memulakan perlumbaan hari ini dari barisan keempat.

Penunggang Honda dari Sepanyol itu yang mendahului Dovizioso dengan 11 mata berbaki tiga pusingan, akan bermula bersama-sama rakan senegara Maverick Vinales dan penunggang Yamaha dari Perancis Johann Zarco.

Dovizioso berharap Marquez akan terus berdepan kejutan di trek Phillip Island yang menjanjika­n perlumbaan pantas.

Marquez tersingkir daripada perlumbaan tahun lalu ketika mendahului saingan dan ketika itu sudah pun bergelar juara dunia dan mengalami nasib sama ketika perlumbaan 2014.

“Kami akan lihat bagaimana rasanya menunggang motosikal, adalah penting untuk memulakann­ya dengan memanaskan tayar dengan baik dan kita lihat tayar belakang mana akan dipilih,” kata Marquez.

“Perlumbaan ini terlalu panjang, 27 pusingan, tayar mudah haus. Saya akan cuba bermula dengan baik dan cuba menyesuaik­an diri dengan motosikal.

“Perkara paling penting adalah menamatkan perlumbaan di podium, terutamany­a di depan Dovi (Dovizioso).” Austin, Texas: Pendahulu Kejuaraan Lewis Hamilton

terus mempamerka­n aksi luar biasa apabila memecah rekod berganda pada sesi latihan perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat hujung minggu ini.

Ketika pencabar gelaran Sebastian Vettel bergelut pada sesi kedua di mana kereta Ferrarinya berpusing, Hamilton pula memecahkan rekod pusingan di Circuit of the Americas.

Catatan pusingan terbaiknya iaitu satu minit 34.668 saat menyaksika­nnya mengatasi pencabar terdekatny­a Max Verstappen yang sebelum itu menandatan­gani kontrak baru untuk kekal di Red Bull sehingga 2020, hampir 0.4 saat manakala juara empat kali Vettel 0.5 saat.

“Ia satu hari yang menarik dengan aksi tidak menentu

(gambar)

mengikut keadaan trek dan pengalaman di dalam kereta,” kata Hamilton.

“Namun keseluruha­nnya keadaan kereta agak baik. Banyak perkara yang boleh kami perbaiki tetapi ia kelihatan seperti satu platform yang mantap dan permulaan mantap pada hujung minggu.”

Hamilton, yang menolak andaian untuk menjulang kejuaraan dunia hujung minggu ini sebagai ‘tidak masuk akal’ mampu menjulang kejuaraan jika dia menang dan Vettel gagal menamatkan perlumbaan dalam kelompok lima teratas esok. - AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia