Harian Metro

BANGKIT DALAM DEBAR

- AFP

London

Michy Batshuayi mara dari bangku simpanan untuk membantu kebangkita­n Chelsea ketika skuad Antonio Conte meredakan tekanan dihadapi pengurus mereka apabila berhempas pulas sebelum menang 4-2 ke atas Watford, malam tadi.

Kedudukan

Conte semakin genting berikutan kekalahan berturut-turut

Liga Perdana Inggeris dan dakwaan pemainnya kurang senang dengan kaedah latihannya.

Jurulatih Itali itu berdepan satu lagi hari yang sukar apabila pemain Watford Abdoulaye Doucoure dan Roberto Pereyra membalas gol awal Pedro buat pasukan tuan rumah.

Namun, Batshuayi yang menggantik­an Alvaro Morata, mencetuska­n kebangkita­n pada minit ke-71 sebelum melengkapk­an kemenangan dengan gol kedua pada minit kelima masa tambahan selepas Cesar Azpilicuet­a kembali meletakkan Chelsea di depan.

Minggu yang sukar bakal menjadi lebih teruk buat Conte sekiranya Chelsea mengalami kekalahan ketiga liga berturut-turut buat kali pertama sejak beberapa bulan terakhir penggal kedua Jose Mourinho dua tahun tahun lalu.

Jaringan Pedro pada minit ke-12 memberikan permulaan sempurna buat pasukan juara itu meskipun Watford menyedari peluang seperti itu tidak sepatutnya diberikan.

Pengadil Jon Moss memberikan sepakan sudut selepas bola dilihat terlepas dari kaki Eden Hazard.

Hazard menyambut sepakan sudut daripada Cesc Fabregas dan melorongka­nnya ke arah Pedro, yang meledak melepasi penjaga gol Heurelho Gomes.

Watford menyamakan kedudukan beberapa saat sebelum

 Chelsea lebur hasrat Watford curi mata di Stamford Bridge

tamat separuh masa menerusi Abdoulaye Doucoure sebelum Pereyra meledak gol kedua mereka empat minit selepas separuh masa kedua sebaik menyambut hantaran Richarliso­n.

Batshuayi kemudianny­a menanduk jaringan 20 minit sebelum tamat perlawanan untuk menyelamat­kan maruah

Chelsea dan menambah gol kedua pada minit terakhir selepas jaringan minit ke-87 daripada pertahanan

Cesar Azpilicuet­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia