Harian Metro

‘JAGA DIRI ANDA’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Vingada mahu pemain kebangsaan yang beraksi di final Piala Malaysia tidak terdedah sebarang kecederaan

Pengandali Harimau Malaya, Nelo Vingada berharap pemain yang akan dipanggil bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 10 dan 13 November ini bebas daripada sebarang kecederaan ketika mereka sedang memburu kemenangan pertama dalam Kumpulan B itu.

Vingada berkata, kebimbanga­n itu hadir ekoran tempoh singkat lima hari dimilikiny­a untuk mempersiap­kan pasukan sebaik aksi final Piala Malaysia berakhir pada 4 November ini, apabila pemain terdedah kepada kecederaan.

“Kita tahu sebahagian besar teras utama pasukan Malaysia hadirnya daripada empat pasukan yang berjaya mara ke separuh akhir iaitu Johor DT (Johor Darul Ta’zim), Perak, Kedah dan FELDA United,” katanya ketika dihubungi semalam.

“Bayangkan kalau Johor DT dan Kedah ke final dan adanya pemain utama kebangsaan mengalami kecederaan, ia sudah tentu memberi kesan kepada kekuatan pasukan.

“Saya harap mana-mana pemain kebangsaan dapat mengelakka­n diri daripada ditimpa kecederaan. Saya tidak sanggup kehilangan pemain lagi kerana kita masih berpeluang untuk merebut tiket ke pusingan akhir Piala Asia pada 2019 nanti.”

Krisis kecederaan dalam kalangan pemain bukanlah isu baru setiap kali Harimau Malaya bersiap sedia menghadapi perlawanan di peringkat antarabang­sa.

Terbaru, sebelum aksi menentang Hong Kong 10 Oktober lalu, Vingada terpaksa mengenepik­an dua penyerang utama - Ahmad Hazwan Bakri dan Muhammad Shahrel Fikri yang mengalami kecederaan.

Malah, lebih memburukka­n keadaan apabila seorang lagi penyerang negara Darren Lok turut mengadu kesakitan beberapa jam sebelum perlawanan yang menyaksika­n bekas pengendali Arab Saudi itu menggunaka­n formasi 4-6-0, bermain tanpa penyerang.

Hasilnya, Malaysia tewas 0-2 di tangan Hong Kong sekali gus meletakkan pasukan di tangga tercorot dengan satu mata tanpa sebarang kemenangan dalam tiga aksi terdahulu.

“Kemungkina­n dua perlawanan bertemu Korea Utara akan diadakan di Bangkok, Thailand. Ini kesempatan terbaik buat kita mencatat kemenangan pertama memandangk­an Bangkok bukanlah tempat yang asing buat kita,” katanya.

Semalam, Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) memutuskan aksi Korea Utara dan Malaysia akan berlangsun­g di venue berkecuali selepas tiga kali ditunda atas sebab ketegangan politik di Republik itu.

Korea Utara akan bertindak sebagai tuan rumah pada 10 November, diikuti Malaysia tiga hari kemudian di venue yang sama dengan AFC akan mengumumka­n lokasi itu pada minggu depan.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pemain skuad Harimau Malaya menjalani latihan di Padang Seri Gelam, Johor.
SEBAHAGIAN pemain skuad Harimau Malaya menjalani latihan di Padang Seri Gelam, Johor.
 ??  ?? VINGADA
VINGADA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia