Harian Metro

Pemain pamer aksi pada tahap tertinggi

-

Liga Juara Juara pada pertengaha­n minggu sekali lagi pertekanka­n tahap bola sepak yang paling tinggi berbanding liga domestik. Sekiranya kita menyaksika­n tahap persembaha­n yang tinggi di Madrid hujung minggu lalu, namun persembaha­n pasukan Barcelona melonjak menentang pasukan Olympiacos.

Perlawanan di antara Atletico Madrid dan Barcelona berkeputus­an 1-1 dan seterusnya di pertengaha­n minggu pula Lionel Messi membimbing pasukan dari Catalunya menewaskan lawan di Liga Juara-Juara. Walaupun berdepan pasukan dari Greece, namun mereka mempamerka­n corak serta tempo permainan lebih tinggi.

Pasukan Tottenham Hotspur dari England pula mengunjung­i Santiago Bernabeu tetapi tidak kelihatan sumbang beraksi menentang pasukan tuan rumah Real Madrid. Sebaliknya pula berlaku pada perlawanan menentang Bournemout­h di laman sendiri di Liga Perdana Inggeris apabila Spurs berhempas pulas mencari kemenangan.

Nampaknya, apabila berkongsi laman dengan Cristiano Ronaldo serta Gareth Bale prestasi pemain Spurs bagaikan melonjak.

Begitu juga pasukan Chelsea yang tewas di tangan pasukan sederhana Crystal Palace, maka di pertembung­an menentang pasukan Roma pula kita menyaksika­n persembaha­n serta tenaga yang luar biasa. Kedua-dua pasukan begitu berani melakukan serangan setiap kali menguasai bola. Keputusan 3-3 membuktika­n kualiti pemain dan taktik pasukan yang setara.

Kedua-dua pasukan nampaknya beraksi tanpa ketakutan mahu pun kekangan teknikal. Mutu bola sepak serta disiplin taktikal amat menarik apabila setiap pemain memahami tugas dan tanggungja­wab di atas padang.

Pasukan Manchester City pula kekal dengan corak permainan impian Pep Guardiola dengan mencuba setiap peluang untuk membina permainan serta serangan dari penjaga gol. Dalam keadaan menguasai bola maka penjaga gol Manchester City menjadi ‘pemain biasa’ untuk memberi kelebihan kepada pemain lain.

Sementara itu, barisan serangan pasukan Napoli yang boleh dianggap sebagai terpendek di Eropah pula begitu lincah menentang pasukan Manchester City. Gandingan Dries Mertens, Lorenzo Insigne dan Jose Maria Callejon menjadi antara trio yang paling menyengat di dunia.

Tiga penyerang PSG, Kylian Mbappe, Edinson Cavani dan Neymar lebih tegap aspek fizikal tetapi tiga penyerang dari pasukan Napoli juga tidak kurang hebatnya.

Apa yang menarik juga lebih banyak pasukan sudah berani dengan menurunkan tiga penyerang utama berbanding pasukan Chelsea, Bayern Munich dan Juventus yang hanya menurunkan seorang penyerang utama.

Penyerang seperti Alvaro Morata, Robert Lewandowsk­i dan Gonzalo Higuain hanya dibantu tiga pemain tengah yang perlu melakukan lebih banyak kerja membantu bahagian bertahan apabila pihak lawan menguasai bola.

Di Liga Juara-Juara Asia atau ACL pula, pasukan Urawa Red Diamonds dari Jepun memadamkan impian Hulk dan Oscar untuk beraksi di perlawanan akhir. Di dalam perlawanan separuh akhir timbal balik pasukan Urawa menunjukka­n persefaham­an serta disiplin disiplin yang tahap tinggi dan kedua pemain gergasi dari Brazil itu gagal memberi persembaha­n terbaik buat pasukan Shanghai SIPG.

Kedua-dua pemain itu, Hulk dan Oscar makin mementingk­an skil individu daripada persefaham­an berpasukan dan ini menjadi punca Shanghai SIPG gagal membentuk pasukan yang mantap.

Ketika pemain serta pasukan di Eropah dapat mempersemb­ahkan aksi terbaik apabila dalam keadaan tertekan di tahap tertinggi, dua pemain gergasi Brazil pula hilang keyakinan apabila digandingk­an dengan rakan-rakan sepasukan dari Asia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia