Harian Metro

‘JANGAN MENYIBUK HAL JOHOR DT’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Duta Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Luciano Figueroa tampil mempertaha­nkan polisi pengurusan pemain di kelab itu apabila menyelar pihak luar supaya tidak menyibuk dengan urusan pasukan berkenaan.

Menurutnya, menjadi hak pasukan itu untuk meletakkan pemain di mana-mana saja termasuk di bangku simpanan walaupun ia mungkin boleh menghancur­kan masa depan pemain terbabit.

“Jika Johor DT mahu membeli satu pemain dan meletakkan­nya di

 Figueroa tak mahu pihak luar pertikai polisi

pengurusan pemain Harimau Selatan

bangku simpanan, beraksi di padang atau di atas langit sekalipun, itu masalah Johor DT, jadi apakah masalah anda?” kata Figueroa di laman Facebook JOHOR Southern Tigers (JST), semalam.

“Kebanyakan individu dalam media cetak dan media sosial sering bercakap mengenai Johor DT. Antara isu yang sering diperkatak­an isu Johor DT membeli pemain dan pembanguna­n akar umbi.

“Apa yang kami lakukan di Johor DT adalah hak kami. Jika kami menandatan­gani seseorang pemain yang kemudianny­a kami ingin pemain tersebut bermain atas padang atau meletakkan­nya di bangku simpanan, itu adalah hak dan urusan kelab kami,” kata bekas ayam tambatan kelab itu.

Kenyataan itu dipercayai bagi menjawab kritikan bekas pemain negara, Datuk Jamal Nasir Ismail kelmarin yang mendakwa antara punca kemerosota­n prestasi dan ranking skuad kebangsaan disebabkan penghijrah­an pemain bintang tempatan ke kelab itu.

Menurut Jamal, kemerosota­n itu dapat dilihat sebaik tonggak kebangsaan yang begitu menyerlah sebelum menyertai Johor DT seakan kehilangan sentuhan apabila mereka kembali beraksi bersama Harimau Malaya.

Malah, tindakan Johor DT ‘menyapu bersih’ semua pemain hebat tempatan yang kemudianny­a sekadar memanaskan bangku simpanan, cukup merugikan terutamany­a kebangsaan.

“Persoalann­ya, kenapa orang yang tiada kena mengena dengan urusan kelab kami sibuk ambil berat tentang apa yang kami lakukan di kelab kami?

“Sila fokus kepada pasukan masing-masing. Kami tidak melakukan sebarang kesalahan. Apa yang kami lakukan untuk mendominas­i adalah hak kami, sama ada untuk membangunk­an pemain atau sama ada kami mahu membeli pemain dari setiap pasukan di dunia.

“Mana-mana kelab dalam dunia mempunyai perancanga­nnya yang tersendiri seperti kelab Bayern Munich, Juventus, Chelsea dan lain-lain lagi. Ini normal dalam dunia bola sepak,” katanya.

buat skuad

 ??  ?? FIGUEROA pertahan tindakan Johor DT ‘perap’ pemain berstatus bintang.
FIGUEROA pertahan tindakan Johor DT ‘perap’ pemain berstatus bintang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia