Harian Metro

Johor DT perlu ‘hadam’ teguran

-

Kuala Lumpur: “Mana hilangnya separuh pemain daripada skuad emas Sukan SEA 2011, kendalian Datuk Ong Kim Swee? Bukankah semuanya disimpan di Johor Darul Ta’zim (Johor DT).”

Itu persoalan yang ditimbulka­n jurulatih Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC, Sulaiman Hussin yang mahu skuad Harimau Selatan itu berlapang dada menerima teguran mengenai sistem pengurusan pemain di kelab terbabit.

Jelasnya, kehilangan nama besar seperti Fandi Othman, Mahali Jasuli dan Amer Saidin begitu mendukacit­akan sedangkan mereka antara tonggak utama negara mempertaha­nkan pingat emas di saingan Sukan SEA di Indonesia pada 2011.

“Sayang sebenarnya apabila ramai pemain muda yang suatu ketika dulu dianggap pelapis menggantik­an pemain senior jarang beraksi di kelab mereka.

“Kalau ikutkan mereka ini (skuad Sukan SEA 2011) bagus dan boleh pergi jauh, cuma apabila jarang beraksi

(gambar)

maka susah untuk mengekalka­n prestasi di tahap terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pra perlawanan final Piala FAM 2017 antara UKM FC dan Sime Darby FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, semalam.

Baginya, teguran bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir kepada Johor DT haruslah diambil daripada sudut positif demi kebaikan pasukan kebangsaan yang ketika ini sukar mencari pemain berkualiti.

Sebelum ini, Jamal mendakwa prestasi skuad kebangsaan merudum kerana sebahagian besar pemain utama negara jarang beraksi bersama kelab masing-masing.

Dakwaan itu merujuk kepada dasar Johor DT yang mengumpul pemain tempatan bertaraf bintang, tetapi ramai daripada mereka hanya berada di bangku simpanan, sekaligus gagal memberikan persembaha­n terbaik apabila beraksi di pentas antarabang­sa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia