Harian Metro

Pernah fikir tempias gosip

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Syuhada simpan impian bekerjasam­a dengan komposer

dan penyanyi Haqiem Rusli

Tempoh sembilan tahun membina karier seni bukan laluan mudah buat penyanyi remaja, Syuhada Md Amin, 21.

Walaupun pernah muncul juara Idola Kecil musim pertama siaran TV9 pada 2008, ia bukan jaminan buatnya mencipta nama. Ternyata perjalanan harus ditempuhi Syuhada berliku.

Bagi Syuhada, semua itu penting untuknya supaya tidak cepat berputus asa. Memiliki tiga single solo bawah label SRC, Tanpa Kamu, Bukan Dia dan terbaru, Tak Kena, Syuhada akui hanya Bukan Dia yang berjaya menawan hati pendengar.

Katanya, pernah juga memikirkan di mana silap dan kekurangan pada dirinya untuk lagu dinyanyika­n berjaya diterima peminat dengan mudah.

“Saya sentiasa meletakkan harapan positif untuk setiap single yang dirakam akan mendapat sambutan baik. Bagaimanap­un, ternyata ia bukan perkara mudah.

“Saya pernah juga terfikir perlukah untuk saya terkait dengan gosip untuk lebih dikenali. Apapun selepas mengambil kira banyak perkara terutama hati ibu bapa dan keluarga, saya akhirnya melupakan hasrat itu.

“Bagi saya, tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Apatah lagi setiap manusia ini sudah tertulis perjalanan kehidupan yang berbeza,” katanya.

Syuhada sedar mungkin juga perjalanan karier seninya untuk mencapai tahap berjaya sudah tertulis berliku dan harus pertingkat­kan usaha.

Katanya, selagi termampu dia akan terus berusaha dan tidak akan sekali-kali berputus asa termasuk cepat berasa kecewa.

“Waktu sama saya sedar populariti kini menjadi kayu ukur paling utama untuk seseorang selebriti. Segala pilihan bergantung pada peminat.

“Jika melodi dan lirik single dihasilkan kena dengan cita rasa peminat, semestinya dengan sekelip mata sesuatu karya lagu itu akan mendapat sambutan.

“Apapun, jauh di sudut hati saya sebenarnya ingin bekerjasam­a dengan komposer dan penyanyi, Haqiem Rusli jika berpeluang.

“Saya dapati lagu ciptaan Haqiem pun tidak kurang hebatnya dan rata-rata peminat masa kini senang menerima karyanya,” katanya.

Mengenai single Tak Kena, Syuhada berkata, dia masih mengekalka­n genre pop reggae seperti diketengah­kan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia