Harian Metro

Harus jujur cari ilham

-

Tidak lagi relevan dengan zaman. Kata-kata ini sering kita dengar dan dikaitkan dengan insan seni terutama penyanyi, komposer, pengarah filem dan penulis skrip.

Selalunya insan seni yang dikatakan tidak lagi relevan kerana keengganan mereka untuk berubah mengikut arus. Mereka juga masih terperangk­ap dan dibayangi zaman kegemilang­an hingga tidak mahu berubah.

Mereka yakin karya mereka masih diterima dan mampu melakar kejayaan seperti dulu. Namun ada juga yang berusaha untuk sentiasa relevan dengan menghasilk­an karya yang boleh diterima mengikut zaman. Antara mereka Michael Jackson yang sentiasa tampil dengan sesuatu yang baru dan diterima dengan baik generasi muda.

Album barunya dinantikan peminat setianya dan menambah kelompok peminatnya dalam kalangan anak-anak muda.

Bagi pelakon pula, mungkin tidak ketara lakonan tidak lagi relevan tetapi faktor usia menyebabka­n mereka tidak mampu kekal ikut zaman. Kalau dahulu dikejar jadi hero dan heroin, apabila usia meningkat, beralih status kepada watak ibu, bapa atau datuk dan nenek.

Berbual dengan penulis skrip dan produser

Kuasatek Pictures, Mohd Noor Kadir baru-baru ini, beliau mengakui pernah dilabelkan begitu. Bagaimanap­un, katakata itu tidak pernah mematahkan semangatny­a untuk terus berkarya.

Dikenali dengan dialog berkias dengan kata-kata tersusun indah, Mohd Noor akui keadaan kini jauh berbeza.

Karya-karya yang disiarkan televisyen kini dimonopoli drama adaptasi novel popular karya penulis muda. Bahasa digunakan mudah dan lebih cenderung pada penggunaan bahasa pasar dan struktur rojak.

Lama juga tiada karya terbarunya diterbitka­n dan baru-baru ini Mohd Noor tampil dengan drama Kismet yang disiarkan TV3, akhir bulan lalu. Sebelum itu, kali terakhir karya Mohd Noor muncul TV menerusi Astro pada 2012.

Baginya, Kismet bukan kemunculan semula (comeback) Mohd Noor

Kadir selepas lama menyepi tetapi disifatkan sebagai melepas rindu. Malah skrip Kismet ditulis lebih empat tahun lalu dan baru awal tahun ini diterbitka­n apabila anaknya kini menerajui Kuasatek.

Bukan hanya Kismet dihasilkan tahun ini, malah tiga drama lain, Halusinasi, Black Mambo dan Genesis. Apabila menonton telefilem Kismet menerusi slot Cerekarama baru-baru ini, rasanya ramai yang tahu kisah yang dipaparkan.

Selesai saja bersiaran, ramai netizen berkongsi cerita mengenai persamaann­ya dengan kisah yang pernah dibaca. Mereka yang mengikuti media sosial tentu pernah membaca kisah ini sejak beberapa tahun lalu.

Syarat seorang isteri supaya suami melayan dirinya selama sebulan sejak hari pertama mereka berkahwin dulu sebelum menceraika­nnya untuk berkahwin dengan wanita lain, hinggalah hari ke-30 suami menyedari dirinya masih menyayangi isterinya yang sekian lama diabaikan.

Namun segalanya sudah terlambat. Apabila pulang untuk meluahkan rasa cinta itu, isterinya tidak bernyawa lagi. Tentu ramai yang tahu cerita ini tetapi agak mengejutka­n apabila nama Mohd Noor Kadir dikreditka­n Cerita Asal/ Skrip untuk Kismet.

Rasanya lebih molek kiranya diberikan kredit kepada penulis cerita di laman sosial itu. Kalau tiada nama penulis pun, itu bukan alasan untuk menidakkan penulis mendapat inspirasi daripada kisah yang dibaca atau didengar. Mohd Noor akui kisah Kismet berdasarka­n cerita yang dibacanya dalam laman sosial kira-kira empat tahun lalu.

Kisah menarik ini benar-benar menyentuh perasaanny­a tetapi ceritanya perlu bergerak lebih menarik dengan watak dan plot lainnya.

Katanya, walaupun ia tidak dipaparkan dalam kredit akhir Kismet, perkara itu dijelaskan­nya melalui laman sosial Facebookny­a pada hari sama Kismet bersiaran pada 30 September lalu.

“Saya nyatakan di situ, Kismet kisah benar yang saya terbaca dalam artikel menerusi Facebook empat atau lima tahun lalu.

“Ia amat menarik dan menyentuh perasaan lalu terpanggil untuk dijadikan naskhah telefilem dan dikongsi untuk iktibar kita bersama,” katanya.

Kismet atau takdir dijayakan pelakon hebat, Eman Manan, Vanidah Imran, Datuk Jalaluddin Hassan serta Miera Liyana. Sebenarnya banyak lagi kisah yang dikongsi umum, menjadi inspirasi bagi pengkarya lain. Malah kisah sama juga pernah dihasilkan sebelum ini.

Kisah lain yang pernah diangkat menjadi drama ialah cerita anak lelaki meninggalk­an ibunya di stesen bas bersama satu nota dan berjanji akan mengambil ibunya semula apabila urusannya selesai. Namun, sampai lewat petang, anak yang ditunggu tidak kunjung tiba.

Hakikatnya, segala pengalaman dan cerita yang dikongsi atau didengar baik melalui penceritaa­n mahupun pembacaan menjadi inspirasi buat penulis skrip atau penulis novel. Sebaik-baiknya, berlaku jujur apabila mengambil idea daripada pihak lain dengan memberi sedikit penghargaa­n bukan mengakui cerita asal daripadany­a.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia