Harian Metro

Pusat hiburan pun tak ada

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Fezrul, Dayana nafi berkelakua­n liar ketika jalani penggambar­an

drama di Sabah

Sebelum ini, ruangan Cik Pang di SELEBRITI Metro Ahad pada 1 Oktober lalu, ada menegur sikap dua pelakon yang didakwa berkelakua­n liar dan mabuk siang malam di luar set ketika menjalani penggambar­an drama di sebuah negeri dipercayai Sabah.

Banyak spekulasi timbul dalam kalangan peminat, sehingga ada yang mendakwa dua pelakon itu ialah Fezrul Khan dan Dayana Roza.

Ini berdasarka­n dakwaan, kedua-dua pelakon itu sedang menjalani penggambar­an drama Seputih Cinta Rembulan di negeri itu sejak bulan lalu.

Bertemu dengan

Fezrul dan Dayana pada sidang media Anugerah Skrin 2017, Selasa lalu, mereka tegas menafikan melakukan perbuatan itu.

“Saya liar di sana?

Liar yang bagaimana? Seriuskah ada yang dakwa begitu? Di Kota Belud ada pusat hiburan? Setahu saya, tempat main kuda padi adalah!

“Saya berjoging di sana pun ada banyak lembu. Jadi, di mana timbul ada pusat hiburan di sana? Saya rasa orang yang buat cerita itu sudah salah informasi,” katanya.

Tanpa berselindu­ng, Fezrul, 35, akui tiada perkara berkaitan parti liar atau mabuk berlaku di sana. Telahnya, lokasi penggambar­an mereka berada di kawasan kampung yang cantik.

Disebabkan itu, selama berada di sana, dia dan rakan lebih banyak meluangkan masa menikmati keindahan alam dan mengambil gambar kenangkena­ngan.

Ketika di luar waktu kerja (off-set), dia dan kru sekadar lepak di kedai makan di kawasan berhampira­n.

Katanya, mereka berada selama 11 hari di Kota Belud, dua hari di Kundasang manakala lima hari di Kota Kinabalu. Selama tempoh itu, jadual penuh dengan penggambar­an.

“Jangankan nak berpesta, saya sendiri tidak sempat nak mencuba makan ‘butot’, sejenis ulat sagu yang boleh dimakan dan popular di sana,” katanya ringkas.

Ditanya pula sama ada dia sedang menyulam kasih dengan Dayana Roza dek banyak luangkan masa bersama di set penggambar­an drama sama, Fezrul ketawa.

Katanya, dia mengenali Dayana sedari awal pembabitan dalam lakonan dan istilah bercinta dengan pelakon itu tidak terlintas langsung di dalam fikirannya.

Walaupun sudah dua tahun bergelar duda, pelakon itu belum bersedia untuk kembali berumah tangga kerana mahu menyelesai­kan urusan kerjaya terlebih dulu.

Dalam pada itu, Dayana, 26, turut menafikan sekerasker­asnya dakwaan mengatakan dia sakan berpesta dan mabuk ketika menjalani penggambar­an di negeri itu.

“Tidak wujud aktiviti yang didakwa itu. Tapi saya memang agak tertekan sebab agak lama berada di sana. Asyik terfikir, bila boleh pulang ke Kuala Lumpur?” katanya.

Katanya lagi, selepas menjalani pembedahan apendiks pada Julai lalu, dia lebih banyak berehat dan tidak dapat makan makanan yang ‘keras’ kecuali bubur.

Disebabkan situasi itu, proses penggambar­an ketika di Sabah agak terganggu kerana masih dalam proses pemulihan.

Dalam pada itu, dia juga menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Fezrul yang dianggap kawan baik sahaja.

“Saya dengan Fezrul bercinta? Oh! Teman lelaki saya mahu letak di mana?” seloroh Dayana menafikan hubungan dengan Fezrul.

Katanya, teman lelakinya dan Fezrul pun saling mengenali dan berkawan baik. Disebabkan itu, tidak ada yang perlu dicemburuk­an hanya kerana keakraban mereka di set penggambar­an mahupun di luar.

Menyentuh mengenai perkembang­an lain, Dayana mahu mencuba nasib dalam bidang pengacaraa­n pada tahun ini dan berharap diberi peluang itu.

Dia juga bakal bekerja dengan pengarah Ahmad Idham buat kali ketiga selepas filem Minah Moto dan Pencuri Hati Mr Cinderella.

Manakala, Fezrul yang baru saja habis penggambar­an drama Seputih Cinta Rembulan pada Selasa lalu bakal terbabit dalam program hiburan Perang Bibir tidak lama lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia