Harian Metro

Sama-sama kerja tak perlu sindir

-

Bukan main geram rakan media dengan sikap pengacara yang dilantik penganjur mengendali­kan majlis pelancaran single seorang penyanyi barubaru ini.

Kata teman Cik Pang, pengacara wanita itu yang pernah mengacara beberapa program siaran televisyen dikatakan asyik memerli rakan media seolah-olah mereka terlalu hadap untuk makan dan disebabkan itu juga mendesak agar acara itu ditamatkan secepat mungkin.

Padahal rakan-rakan Cik Pang mengharapk­an majlis tamat dengan segera kerana mahu menemurama­h penyanyi. Maklumlah masingmasi­ng punya tugasan lain yang sedang menunggu dan turut mengejar masa ‘deadline’.

Dakwa teman Cik Pang lagi, dia akui sebelum itu ada beberapa rakan media memberikan isyarat kepada pengacara terbabit supaya mempercepa­tkan rentak majlis sedang berlangsun­g.

Perjalanan majlis jadi lambat juga katanya disebabkan pengacara itu didakwa berceloteh terlalu panjang sehingga aturcara sudah lari daripada jadual asal yang sepatutnya.

Mungkin salah tafsir ‘isyarat’ diberikan itu, pengacara terbabit berasakan wakil media sudah lapar dan tidak sabar mahu mengadap hidangan jamuan disediakan.

Dia juga seperti terlalu yakin dengan tanggapann­ya itu dan berkali-kali meminta wakil media yang hadir bersabar dengan alasan mereka terlalu lapar.

Terkejut dengan ucapan itu yang berkali-kali disebut, beberapa rakan Cik Pang sudah mula mengerut dahi.

Iyalah! Rakan media tidak kemaruk sangat mahu makan hidangan yang disediakan sebab apa yang penting buat mereka kerja dapat diselesaik­an secepat mungkin.

Cik Pang percaya ramai tidak tahu kesibukan rakan media yang terpaksa berkejar sana sini ke acara hiburan lain. Malah setiap rakan media ada waktu dan hari ‘deadline’ tersendiri.

Jujurnya ini bukan kali pertama Cik Pang dengar sikap pengacara majlis sebegini. Tapi Cik Pang harap perkara ini tidak berlaku lagi pada masa depan. Lain kali jaga mulut supaya jangan terlalu berbau ‘longkang’!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia