Harian Metro

Gagal urus masa, sombong pulak

-

Jika tadi teman Cik Pang geram dengan sikap pengacara, kali ini teman Cik Pang yang lain pula berkongsi sikap penyanyi baru nak popular.

Penyanyi itu didakwa bongkak dengan beberapa rakan media dan artis senior lain pada satu majlis anugerah

Antara sikap yang kurang enak didengar ialah membabit pengurusan masa. Sewaktu malam sebelum majlis berlangsun­g pihak penganjur menyediaka­n kenderaan khas untuk semua artis jemputan dan dicalonkan untuk bertolak dari hotel ke dewan. Semua orang sudah ditetapkan mereka akan menaiki kenderaan dengan siapa.

Artis yang menaiki kenderaan bersama artis baru ini katanya sudah hilang sabar. Walhal ada artis senior yang jauh lebih berat persiapan mereka, siap lebih awal.

Tetapi artis baru ini belum lagi muncul untuk bergerak ke dewan majlis bersama dan mereka terpaksa menunggu dia pula.

Bukan saja tidak meminta maaf kerana lewat dan membuatkan orang lain menungguny­a, artis baru ini juga didakwa sombong dengan rakan media yang turut ada di sana.

Ikutkan isu sombong bukan perkara baru yang

Cik Pang dengar daripada artis baru sorang ini. Tidak pastilah sama ada mereka segan atau malu dengan media tapi apabila sudah ambil keputusan sebagai artis, sikap itu kena buang jauh!

Andai mereka terus selesa menyombong dan berat mulut menyapa, rasanya tidak ada satu pun media mahu ambil tahu pasal mereka selepas ini.

Apabila berada di dalam industri, sikap ramah, merendah diri, terbuka dengan kritikan dan cadangan adalah perlu dalam seseorang artis. Ia adalah sebahagian daripada perhubunga­n awam (PR) yang harus dilakukan seorang artis.

Kepada artis baru, contohilah artis lama yang kekal popular dan relevan sehingga ke hari ini. Lihatlah cara mereka berinterak­si dan buat PR dengan media dan peminat sebab banyak ilmu berguna untuk mereka pada masa hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia