Harian Metro

Cabaran bahasa Melayu tinggi

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Teater bangsawan sering dikaitkan sebagai seni pementasan tradisiona­l yang membosanka­n segelintir golongan muda. Disebabkan itu, mereka lebih gemar menghadiri teater muzikal dan moden yang lebih rancak dan kena dengan selera mereka.

Bagi memastikan seni bangsawan itu kekal dalam tradisi Melayu, Pat Ibrahim melalui syarikat produksiny­a, Pat Ibrahim Project Entertainm­ent (PIPE) cuba memberi kelainan dalam projek sulung teater Bangsawan Dendam Laksamana.

Katanya, dia sudah terbabit dalam banyak pementasan muzikal dan moden sebelum ini tetapi ini projek pertama untuk bangsawan.

“Melalui projek ini, mesej yang ada dalam kisah Sultan Mahmud Mangkat

Dijulang tetap sama, cuma ia perlu diterjemah­kan dalam bentuk bangsawan.

“Pemahaman saya, bangsawan itu adalah pementasan muzikal. Ia adalah pentas terbaik untuk melihat santun Melayu. Semua elemen dalam seni pementasan muzikal ada dalam bangsawan kerana pada akhir cerita, ia tetap hiburan yang dipersemba­hkan kepada penonton,” katanya.

Mengenai pemilihan judul itu, Pat akui kisah mengenai Sultan Mahmud Mangkat Dijulang adalah cerita yang sudah lama didengari ketika membesar.

Katanya, banyak persoalan yang bermain dalam fikirannya seperti cuba mencari sisi kemanusiaa­n bagaimana terjadinya peristiwa itu. Apatah lagi kisah itu pernah ditulis dalam lembaran sejarah.

“Walaupun ada elemen sensitif yang dianggap membuka pekung Sultan Mahmud ketika itu, saya melihat pementasan ini sebagai paparan kepincanga­n fitrah manusia, terutama membabitka­n isu dendam dan sebagainya.

“Ia berbalik pada ajaran Islam mengenai cara manusia berdepan dengan dugaan atau erti kata lain, reda dengan ketentuan takdir.

“Banyak pengajaran boleh diperoleh dan hanya sebahagian daripada peradaban itu patut dicari melalui sudut lain,” katanya.

Pengarah dan koreografe­r itu bersyukur mendapat sokongan serta bantuan daripada rakan industri yang sanggup bekerja dalam bajet yang ketat.

Antara mereka Siti Jasmina Ibrahim sebagai penulis skrip teater, Zulkifli Zainal Abidin sebagai koreografe­r silat, Hamzah Tahir, Dr Norzizi Zulkifli, Megat Sharizal, Anwar Rusdini, Nadia Aqilah, Pekin Ibrahim, Shahrul Mizad dan ramai lagi yang disifatkan sebagai nama besar dalam seni pementasan teater.

Pat enggan mendedahka­n kos penerbitan teater itu tetapi mengakui kos pembikinan tetap mencecah enam angka.

Selain kerjasama daripada penggiat teater,

Pat juga bersyukur kerana agensi separa kerajaan turut menyatakan hasrat untuk membantu.

Pementasan teater ini juga mendapat kerjasama sepenuhnya daripada badan kerajaan lain dek usaha ditunjukka­n PIPE untuk memartabat­kan seni persembaha­n teater bangsawan ke peringkat lebih tinggi.

Anak seni yang mula dikenali selepas pementasan Muzikal Puteri Gunung Ledang lebih sedekad lalu akui cabaran utama pementasan ini adalah bahasa bangsawan yang begitu estetika.

“Kami berlatih selama sebulan dengan tenaga kerja hampir 60 orang termasuk pelakon. Cabaran utama kami adalah skrip yang panjang dengan suntikan bahasa Melayu tinggi.

“Kami berusaha untuk melakukann­ya agar ia seronok didengar dan diterjemah­kan semula kepada penonton supaya mereka tidak mengantuk,”

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia