Harian Metro

Sudah 5 tahun kami bersama

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Siti Saleha pastikan aktiviti dengan peminat diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun

Aktiviti bersama peminat yang menyokong kerjaya seni seseorang selebriti sering menjadi pilihan untuk merapatkan lagi hubungan artis-peminat.

Tapi tidak semua artis mendapat keistimewa­an itu kerana ada yang tidak melihat peminat sebagai sistem sokongan mereka di dalam industri.

Berbeza dengan pelakon jelita, Siti Saleha yang sentiasa merindui momen bersama peminat setiap tahun.

Melalui ruangan Relaks minggu ini, pelakon 7 Hari Mencintaim­u itu berkongsi keseronoka­n bersama ahli kelab peminat, Team Siti Saleha (TSS).

Kebetulan Digi Telecommun­ication mengadakan acara Detik Lebih Bermakna Bersama Siti Saleha di ibu pejabat syarikat telekomuni­kasi itu di Subang Jaya, hujung minggu lalu.

Selebriti Metro Ahad berpeluang melihat kegembiraa­n dan hubungan baik terjalin antara Saleha dan ahli kelab peminatnya.

Tambah pula kebanyakan peminat hadir bersama ahli keluarga masing-masing menjadikan suasana lebih meriah.

Kata Saleha, kali terakhir mereka berkumpul sekitar Mac lalu sempena sambutan ulang tahun kelahirann­ya.

“Kami sudah bersama sejak lima tahun lalu, iaitu ketika TSS ditubuhkan pada 2012. Setiap kali saya datang, wajah sama akan saya temui.

“Malah ada juga pertambaha­n wajah baru menyertai kelab peminat seperti golongan remaja dan lelaki. Kiranya ia seimbang berbanding sebelum ini ahli TSS kebanyakan­nya golongan wanita dan segelintir sahaja lelaki,” katanya.

Saleha gembira kerana aura ceria serta gembira sering ditunjukka­n mereka pada setiap pertemuan. Antara aktiviti dilakukan ialah acara potong kek hari jadi sempena ulang tahun, mereka juga bermain sukaneka, berkaraoke dan sesi fotografi (photobooth).

Apabila bulan perayaan seperti sambutan Syawal atau Ramadan, mereka pernah mengadakan sesi ala kampung di kampung halamannya di Ipoh, Perak.

Di sana, mereka bermain permainan tradisi seperti galah panjang, ‘potluck’ dan acara berbuka puasa bersama-sama.

“Saya akan pastikan mengadakan acara berkaitan sekurang-

 ??  ??
 ??  ?? SITI Saleha bersama Lutfi.
SITI Saleha bersama Lutfi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia