Harian Metro

Perangi musuh no 1 negara

-

Assalammua­laikum dan selamat sejahtera semua. Harap kalian semua sihat hendaknya. Tengah cuti ni mesti ramai yang tengok program kegemaran masingmasi­ng di TV kan?

Bercakap mengenai program menarik di TV, tidak kurang hebatnya juga iklan yang ditayangka­n. Ternyata banyak mesej yang boleh dikongsi dalam setiap iklan disiarkan.

Adik pun tahu sudah tentu anda ada menonton iklan ‘Keluarga menderita kerana dadah’, ‘Jauhi dadah, dadah membunuh’ dan ‘Dadah membawa padah’?

Rasa-rasanya, sejauh mana kita dapat menghayati mesej iklan itu mengenai bahaya penyalahgu­naan dadah sehingga boleh mengancam nyawa sendiri dan orang lain.

Adik terpanggil untuk berkongsi perkara ini selepas adik terbaca berita pelakon Benjy yang dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun.

Selain penjara, Benjy juga didenda sebanyak RM312,539 (AS$74,000) oleh Mahkamah Daerah Medan baru-baru ini, selepas didapati bersalah memiliki 4.5 gram dadah methamphet­amine.

Sedih dan sayu adik baca berita itu. Walaupun tidak mengenali Benjy secara dekat, namun kita sesama manusia boleh rasa perasaan duka dialaminya dan ahli keluarga selepas dijatuhkan hukuman.

Mungkin Benjy ada alasan yang munasabah kenapa dia berbuat sedemikian namun apakan daya, yang salah tetap salah dan perlu menerima hukuman.

Justeru, kita yang membaca berita itu pula harus jadikan ia sebagai pengajaran dan peringatan untuk diri masing-masing.

Bukan hanya bersorak dengan kedukaan orang lain termasuk turut memandang remeh terhadap isu berkaitan dadah ini.

Dadah adalah satu isu yang tidak pernah berpenghuj­ung. Sama ada bilangan penagih dadah mencapai angka puluhan ribu atau sejuta, yang pasti najis dadah masih menjadi musuh nombor satu negara.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia