Harian Metro

Sissy sibuk mengajar

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Dapat Anugerah Dekan sepanjang tujuh semester kini jalani latihan amali

Mula dikenali melalui lagu Mungkin Kamu, nama Sissy Imann, 21, akhir-akhir ini agak sepi. Rupa-rupanya Sissy sangat sibuk sejak tiga bulan lalu kerana komitmenny­a sebagai tenaga pengajar.

Penuntut jurusan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas dan pernah mendapat Anugerah Dekan sepanjang tujuh semester itu kini perlu menjalani latihan amali untuk bergelar guru.

Katanya, dia kini mengajar mata pelajaran muzik di sekolah rendah. Walaupun sibuk mengajar, dia tetap ada ruang untuk mencipta lagu termasuk mengajar muzik secara sambilan di rumah.

“Alhamdulil­ah setakat ini semuanya berjalan lancar. Walaupun sibuk, saya masih sempat menyiapkan single baru. Single Jatuh adalah kerjasama dengan pemuzik dan komposer, AG Coco yang dirakam Mac lalu.

“Saya juga tiada masalah bahagikan masa antara pelajaran dengan minat pada muzik. Bagi saya kalau sudah minat, semestinya tiada masalah untuk membahagi masa walaupun sibuk,” katanya.

Turut aktif mencipta lagu, Sissy mula mengajar muzik sejak usia 16 tahun. Sebelum ini Sissy juga dikenali menerusi single Keliru manakala lagu Mungkin Kamu ciptaan dan nyanyianny­a menang anugerah Lagu/ OST Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) tahun lalu.

Katanya, terlalu banyak halangan dilalui untuk mengetenga­hkan single Jatuh yang dilancarka­n selepas setahun kehadiran single Keliru.

“Memang banyak dugaannya hingga lepas setahun barulah saya kembali dengan lagu baru. Harapan saya semoga single ini diterima dengan baik.

“Apapun, saya gembira kerana lagu ini dipilih menjadi lagu tema drama Papa Nak Menantu yang akan disiarkan di TV3,” katanya.

Anak kedua daripada tiga beradik ini juga akui pembabitan­nya dalam dunia seni bukan mengejar populariti sebaliknya sangat bersyukur jika lagu nyanyianny­a diterima peminat.

Katanya, dia melihat populariti sebagai satu bonus namun apa yang utama karya dan bakat seninya diterima masyarakat.

“Saya juga mendapat pendedahan terhadap bidang muzik sejak usia kanakkanak lagi jadi muzik adalah minat utama saya,” katanya.

Sissy juga mengambil peluang melebarkan bakatnya sebagai pengacara. Melalui aplikasi muzik Joox, Sissy menggalas tanggungja­wab mengacarak­an program

Joox Singgah Sat selama dua musim atau 24 episod diikuti Joox Unplugged sebanyak lapan episod.

“Ia satu pengalaman menyeronok­kan dan saya berterima kasih kepada semua pelayar aplikasi Joox yang memberi sokongan,” katanya yang tidak menyangka percubaann­ya sebagai pengacara diterima dengan baik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia