Harian Metro

NIlai seraman memuaskan

-

FILEM: ARAHAN: PELAKON:

Filem seram sudah banyak dihasilkan pengkarya tempatan. Sama ada ketakutan itu dilonjak oleh kejutan atau keseraman, peminat filem genre ini tidak pernah puas.

Melalui Haunted

Hotel, pengarah cuba menyuntik elemenelem­en yang sebelum ini pernah ditonjolka­n dalam beberapa rendisi filem seram tempatan.

Menariknya, filem ini cuba mengadun elemen seram tempatan ke dalam resipi seram Asia. Antaranya dengan mewujudkan kisah seram hantu-hantu yang sering didengari sebelum ini. Contohnya cerita hantu Lebuh raya Karak, rumah misteri dan ala misteri Highland Tower.

Menilai pada sudut penceritaa­n, elemen dan rupa hantu, tiada masalah. Terutama dengan watak hantu kanak-kanak dan penampakan pontianak.

Masalahnya hanya pada reaksi pelakon saat takut berdepan dengan situasi itu. Barisan pelakon ada yang kelihatan tidak terlalu memberi reaksi yang sepatutnya apabila berdepan dengan situasi seram.

Mungkin jika diberi lebih banyak masa untuk berlatih, ‘look and feel’ watak dalam babak pasti jauh berbeza berbanding apa yang ditonton saat itu.

Sudut teknikal, filem ini mempunyai tarikan pada teknik kerja kamera dan pencahayaa­n yang menarik perhatian. Malah, runut bunyi yang misteri menyokong setiap babak berkembang dan watak yang bermain di dalamnya.

Kesan khas hantu juga tidak berlebihan lantas nampak lebih semula jadi. Tanpa perlu solekan tebal atau percikan darah melampau, ia mampu mengundang rasa takut dalam diri penonton.

Apa sekali pun, jika anda peminat tegar filem seram, Haunted Hotel adalah pilihan terbaik pada masa ini selepas beberapa siri filem seram dan hantu lalu.

Ia mengisahka­n seorang pelancong China dan rakanrakan­nya berkuncung ke Genting Highlands. Mereka menetap di sebuah hotel lama yang juga secara realitinya turut popular dengan kisah seram tersendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia