Harian Metro

Puas nanti 3 tahun

-

“Saya sanggup korbankan masa dan keluarkan duit sendiri untuk memastikan kualiti lagu dalam album berkenaan sama seperti yang saya harapkan.

Saya juga pergi ke United Kingdom untuk melakukan ‘mixing’.

“Ada beberapa lagu yang saya buat di sana. Selepas mendengar hasilnya, ada beberapa lagu yang saya terpaksa rombak susunan muziknya dan lirik ditukar. Sebab itulah ia mengambil masa lama untuk disiapkan,” katanya.

Terus bercerita mengenai No 3, Atilia berkata dia juga menyanyika­n semula dua lagu yang pernah dipopulark­an ibunya, Salamiah Hassan, sebelum ini berjudul Cintaku Mengatasi Segalanya dan Aku Curiga.

Album itu juga menampilka­n Adibah

Noor dan peserta One In A Million, Lokman Aslam sebagai rakan duet dalam lagu Sandaranku dan Segalanya.

Pada saat penyanyi lain menggunaka­n strategi dengan mengeluark­an lagu satu demi satu, Atilia pula mempunyai pendapat lain dan tampil berani muncul dengan album penuh.

Kata pemilik nama sebenar Raja Putri Atilia Raja Haron ini, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan cara penyanyi lain yang kini lebih gemar mengeluark­an single, satu demi satu.

Namun, baginya, dia lebih selesa dengan proses untuk penghasila­n album penuh. Katanya, ia adalah cara ‘tradisiona­l’ yang sudah lama dilakukan sejak awal pembabitan.

“Ada juga yang tertanyata­nya kenapa saya tidak keluarkan single terlebih dulu. Saya cuma rasa ia akan membuatkan saya kerja banyak kali. Untuk hasilkan satu lagu saja sudah ambil masa lama. Selepas itu kerja promosi lagi.

“Saya selaku penerbit sudah diajar oleh Roslan Aziz pentingnya bunyi dan proses pembikinan dari awal sehingga terhasilny­a album itu. Saya suka berada dalam kesibukan untuk tulis lirik, buat lagu dan masukkan instrumen yang perlu.

“Kepuasan itu memang tidak dapat saya gambarkan. Walaupun lagu-lagu dalam No 3 tidak terlalu komersial, saya hasilkan semua itu dengan sepenuh hati,” katanya.

Dikenali sebagai penyanyi jaz, Atilia terus berani membawakan genre berkenaan kerana masih ada peminat dan permintaan. Malahan, kerap juga dia diundang untuk menyanyi pada majlis korporat.

Kali terakhir dia lari sedikit daripada genre yang selalu dinyanyika­nnya adalah menerusi lagu Kekanda Adinda duet bersama Monoloque. Walaupun muzik berbeza, wanita ini bersyukur kerana ia membuka mata ramai pihak pada ketika itu terhadap bakat dan kemampuann­ya.

“Kalau saya tukar genre, nanti orang cakap ada yang tidak kena dengan saya pula. Saya harus kuat untuk terus memperjuan­gkan genre jaz. Lagu-lagu seperti ini masih ada peminat tersendiri.

“Dengan lagu inilah saya dapat cari makan dengan menerima undangan menyanyi pada majlis korporat dan hasil yang saya terima itu saya salurkan untuk menyiapkan album No 3 yang sesetengah orang anggap album syok sendiri.

“Sebenarnya, saya tidak berani untuk kategorika­n album ketiga ini sebagai jaz. Ia lebih ke arah pop. Saya juga bercadang untuk duet lagi dengan Monoloque pada tahun hadapan,” katanya.

Mendapat pujian daripada Vivy Yusuf dan Neelofa adalah penghargaa­n buat dirinya. Atilia berkata, dia gembira apabila lagu Bahagiaku yang sudah mula berkumanda­ng di radio menambat hati dua selebriti yang juga usahawan itu.

Mungkin peminatnya tidaklah seramai penyanyi lain tetapi dia lebih selesa dengan jumlah pengikut yang sudah lama memberikan sokongan sejak kemunculan album Sangkar.

“Walaupun sedikit, saya gembira dengan jumlah peminat yang ada. Mereka sangat setia dan sentiasa menyokong saya. Sebab itulah saya terus kuat untuk hasilkan album,” katanya.

Selain menyanyi, Atilia sibuk menguruska­n 12 studio yoga termasuk tiga studio utama. Dia juga membuka satu cawangan di Kuching, Sarawak.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia