Harian Metro

Kembara selusuri budaya Sepanyol, Maghribi

-

Travelog pengembara­an Kamal Adli ke dua negara yang berbeza budaya iaitu Sepanyol dan Maghribi direalisas­ikan dalam program berjudul From Spain To Morocco.

Bermula di Barcelona, Kamal juga akan singgah di beberapa destinasi seperti Madrid, Cordoba, Granada dan Seville sebelum ke Tangiers, Casablanca dan akan berakhir di Marrakesh.

Ia bukan hanya penuh dengan informasi tetapi juga diselitkan elemen hiburan yang akan membawa penonton melihat pengalaman Kamal berada di tempat menarik berkenaan.

Dalam episod pengenalan­nya, Kamal akan melawat Camp Nou, Barcelona iaitu sebuah stadium yang tidak asing lagi bagi peminat bola sepak dunia. Pelakon itu kemudian akan ke Casa Battlo bagi memperliha­tkan seni bina hasil sentuhan Antoini Gaudi serta bersiar-siar di sekitar Passeig De Garcia.

Perjalanan Kamal diteruskan dengan melawat La Rambla, sebuah jalan yang terkenal dalam kalangan pelancong. Kali ini, penonton akan diperkenal­kan dengan sebuah monumen ikonik yang sinonim dengan Barcelona iaitu Sagrada de Familia.

Kamal meneruskan pengembara­annya di Sepanyol dengan menuju ke kota Madrid. Di sana, Kamal berjumpa dengan pelakon Malaysia terkenal - Fathia Latiff di pasar karat terbesar sebelum ke Stadium Bernabeu. Kamal juga sempat melihat kawasan Royal Palace, Muzium Prada dan ke kawasan sibuk di Puerta Del Sol.

Dia turut melawat masjid-gereja, rumahgaler­i Casa Andalucia hinggalah ke bangunan bersejarah, Alcazar. Kamal juga meluangkan masa mengunjung­i Meddina Az-Zahra, kota lama yang musnah di Cordoba serta bangunan lain seperti Almadovar Gate.

Episod seterusnya, Kamal menuju ke Seville, negeri terbesar di Sepanyol. Dia akan ke Plaza Espana bagi melihat sendiri tapak warisan dunia UNESCO dan lokasi yang menjadi penggambar­an Star Wars.

Kamal juga berkesempa­tan menyaksika­n sendiri aksi laga lembu di Plaza Del Toros dan ke pasar Seville untuk menonton tarian flamenco yang mengujakan.

Sepanjang 13 episod bersiaran, penonton dapat sama-sama merasai penjelajah­an Kamal dari kota yang terkenal dengan bola sepak dan seni bina hingga ke kota yang pernah menjadi empayar Islam terbesar di dunia. Program ini disiarkan bermula hari ini, setiap Ahad, jam 11.30 pagi menerusi saluran TV2.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia