Harian Metro

Enggan fikir soal jodoh

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Radin pernah kecewa selepas sembilan tahun menjalin cinta

Bagi sesetengah lelaki apabila usia sudah mencecah 27, masih tidak mempunyai teman wanita apatah lagi orang keliling mula bertanya dan mendesak membabitka­n soal nikah dan kahwin, ia boleh membuatkan mereka berasa tertekan.

Bagaimanap­un penyampai radio popular juga kini aktif mengacara, Radin atau nama sebenarnya Radin Amir

Affendy A. Aruani dengan jujur menegaskan dia tidak pernah merasai situasi seperti itu.

Cinta putus di tengah jalan, selepas sembilan tahun terjalin juga bukan menjadi punca mengapa penyampai radio Era ini tidak mahu memikirkan soal teman hidup.

Melihatkan situasi ini pasti ramai berasa pelik. Radin yang pernah memenangi anugerah Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0), memiliki segala-galanya, kerjaya yang stabil dan dinilai daripada sudut penampilan, tidak dinafikan dia antara jejaka yang menjadi dambaan ramai wanita.

Ditemui pada sesi fotografi khas, Radin yang turut menjadi pengacara program P.M Live di Astro Ria menjelaska­n, sikap memilih bukan punca mengapa sampai ke hari ini dia masih tidak mempunyai teman istimewa.

“Banyak faktor sebenarnya, mungkin kerana kerjaya saya baru hendak berkembang dan tumpuan lebih banyak saya berikan kepada bidang penyampaia­n radio dan pengacaraa­n.

“Saya bersetuju dengan pendapat disebabkan terlalu sibuk saya takut andai sekarang ini saya mempunyai teman wanita, dia akan terabai kerana saya lebih banyak memberikan tumpuan kepada kerja. Saya tidak mahu perkara sama berulang,” katanya.

Radin juga tidak melihat ketika usia 27, adalah tempoh yang dia harus mendirikan rumah tangga dan percaya ketetapan jodoh untuknya itu tetap ada.

“Mungkin sekarang ini saya tidak ditemukan dengan siapasiapa sebab Allah tahu saya tidak mampu untuk menanganin­ya, kerana saya perlu bekerja siang dan malam untuk membina hidup. Begitupun saya percaya apabila usia saya mencecah 30 pasti saya berkahwin.

“Keluarga ada juga yang bertanya tetapi tidaklah sampai mendesak. Pada saya buat masa ini pada saat kerjaya sedang stabil biarlah saya membahagia­kan keluarga dengan hasil titik peluh yang saya peroleh. Terutama sekali ibu kerana dia banyak berkorban untuk saya dan adikberadi­k yang lain,” katanya.

Menceritak­an sejarah hidupnya, kata Radin ibunya mengambil alih tanggungja­wab sepenuhnya selepas bapanya meninggal dunia tujuh tahun lalu.

“Ibu banyak berkorban untuk kami adik-beradik, jadi apabila sekarang ini kerjaya saya berkembang baik dan diberikan rezeki lebih pada saya biarlah hasil titik peluh yang diperoleh itu saya gunakan untuk menggembir­akan ibu,” katanya.

Menjelaska­n mengenai pandangan mengatakan dia terlalu menumpukan perhatian kepada kerja sehingga tidak ada masa untuk kehidupan peribadi kelak akan membuatkan dia sunyi apabila bersendiri­an? Kata Radin, perkara itu tidak pernah berlaku.

Kalau benar pun perasaan sunyi dan sepi itu datang menyelubun­gi hati, ia hanya seketika dan tidak akan diam lama dalam diri.

“Mungkin ini rahmatnya apabila saya sendiri terlalu sibuk dengan kerja, jadi saya tidak ada masa untuk berasa sunyi. Apabila bekerja, warga kerja di Era sudah saya anggap seperti keluarga sendiri. Mereka selalu menceriaka­n saya.

“Kalau rasa tidak ada teman berbual apabila keseoranga­n di rumah saya akan menghubung­i ibu. Saya menghubung­i ibu hampir setiap hari.

“Berbual dengan ibu, ada saja perkara yang kami perkatakan walaupun hanya isu biasa, seperti resipi yang ibu masak, aktiviti seharian dilakukan atau saya kongsikan apa saja perasaan saya. Setiap kali kalau rasa sepi dan sunyi datang, selepas bercakap dengan ibu dan ia akan hilang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia