Harian Metro

Bukit Zig Zag paling getir

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Pendakian curam serta selekoh tajam membuatkan satu pos semak pada Kejohanan Batu Pahat MTB Jamboree Johor iaitu bukit Zig Zag paling diingati peserta.

Kemudian cabaran diteruskan dengan lumpur berselut di laluan tanah gambut pada kilometer

(km) ke-30 menambahka­n lagi tahap kesukaran mereka yang menyertai perlumbaan berkenaan.

Dalam cabaran merentasi jarak 40km membabitka­n lokasi sekitar kawasan Sri Medan di Batu Pahat itu, bukan saja disertai peserta sekitar Johor malah dari Singapura.

Menurut Pengarah

Batu Pahat MTB Jamboree 2017, Mariam Kamal, penganjura­n pertama ini mendapat sambutan sungguh luar dugaan apabila terpaksa membuka penyertaan tambahan pada saat akhir mendekati tarikh perlumbaan terbabit.

“Sebenarnya kami hanya membuka penyertaan 500 pelumba tetapi terdapat permintaan terutama dalam kalangan kelab basikal sekitar Johor untuk mengambil bahagian, kami selitkan lagi 200 tempat.

“Bagi kelab mengambil bahagian, Batu Pahat sendiri mempunyai komuniti serta kelab basikal. Mereka banyak memberi kerjasama terutama kelab RNR yang menghantar 66 ahli bagi memeriahka­n perlumbaan ini.

“Selain itu dengan sembilan kategori berasingan menawarkan hadiah, semestinya kami jangka terdapat permintaan daripada peminat sukan basikal lasak untuk menyertai acara ini.

“Antara sembilan kategori dipertandi­ngkan ialah Lelaki Junior (20 tahun ke bawah), Lelaki Terbuka (21 hingga 35 tahun), Lelaki Master (36 hingga 45 tahun), Lelaki Veteren (46 - 54 tahun), Wanita Terbuka (35 tahun ke bawah), Super Mama

(36 tahun ke atas), Fatbike, Heavyweigh­t (90kg ke atas) dan Otai Berbisa (55 tahun ke atas),” katanya.

Kata Mariam, pemilihan Batu Pahat sebagai lokasi penganjura­n julung kali pihaknya kerana terdapat permintaan bagi komuniti basikal lasak sekitar bandar berkenaan.

“Pasukan saya memilih Batu Pahat kerana sudah lama tiada penganjura­n acara basikal di sini. Setidak-tidaknya peminat

Batu Pahat MTB Jamboree ‘diseri’ hujan dengan laluan curam dan licin

 ??  ?? ANTARA aksi peserta ketika perlumbaan.
ANTARA aksi peserta ketika perlumbaan.
 ??  ?? GAMAT ketika pelepasan.
GAMAT ketika pelepasan.
 ??  ?? PESERTA melalui trek landai.
PESERTA melalui trek landai.
 ??  ?? PESERTA ‘terkandas’ seketika di trek licin.
PESERTA ‘terkandas’ seketika di trek licin.
 ??  ?? AKSI ceria peserta.
AKSI ceria peserta.
 ??  ?? PESERTA memikul basikal
ketika di laluan licin.
PESERTA memikul basikal ketika di laluan licin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia