Harian Metro

Martineau suka teroka hutan

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hemtro.com.my

Sebaik menjejakka­n kaki ke Pulau Perhentian Kecil, Loic Martineau terpana dengan keindahan dan kejernihan air laut serta keputihan pasir pantai di hadapan mata, yang sebelum ini hanya dilihat pada poskad mahupun brosur percutian. Bagi lelaki kelahiran Perancis ini , Malaysia menyempurn­akan jiwa sang pencinta alam dengan diversiti alam semula jadi.

Justeru, kebanyakan masa Loic Martineau sering menerokai destinasi baru selain menyifatka­n Kawasan Pemulihara­an Maliau

Basin dan Pulau Gaya,

Sabah antara lokasi pilihan utamanya.

Apa yang lebih menarik, lelaki ini diibaratka­n

‘duta kecil’ Malaysia buat temannya apabila sering menjadi pemandu pelancong setiap kali mereka berkunjung ke tanah bertuah ini.

1. Kali pertama berkunjung ke Malaysia dan tujuannya?

Saya datang ke Malaysia pada 2002 atas tuntutan kerjaya. Itulah kali pertama berkunjung ke Asia Tenggara. Lima tahun di sini, saya pulang ke negara kelahiran isteri, Russia. Dalam tempoh itu, saya sentiasa mencari peluang pekerjaan di Asia Tenggara.

Akhirnya peluang itu tiba, apabila ditawarkan pekerjaan yang berpusat di Kuala Lumpur pada 2012.

2. Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum ini?

Di Perancis, kami lebih dekat dengan budaya dan sejarah Kemboja dan Vietnam berbanding Malaysia. Apa yang saya ketahui cuma sejarah ringkas, kedudukan geografi, hutan hujan tropika, kesultanan Melayu dan Melaka. Selebihnya, saya terokai sendiri di Malaysia.

Tarikan paling utama di sini, hutan hujan tropika kerana saya pencinta alam dan gemar menerokai hutan.

3. Cabaran yang anda lalui sepanjang berada di Malaysia?

Bagi saya, cabaran ini satu perkara melucukan. Kali pertama memandu di Malaysia, saya dan isteri tersesat hampir tiga jam di kawasan sekitar apartmen bakal didiami.

Ketiadaan alatan Sistem Pengesan Global (GPS) dan Google Maps sering membuatkan kami tersesat meskipun berbekalka­n peta yang dicetak.

Selain itu, berbeza panggilan tempat atau lokasi oleh penduduk tempatan turut menyumbang kepada masalah kami memandu.

Perbezaan budaya ketara antara Malaysia dan Perancis terutama mengenai sesuatu perkara, kadangkala menyukarka­n saya untuk memahami kerana rakyat tempatan atau orang Asia lebih bersopan santun dalam menyatakan pandangan. Justeru, saya juga mempelajar­i cara atau menyusun ayat yang lebih sopan.

Lelaki Perancis penuhi jiwa cinta alam dengan

pelbagai keindahan semula jadi Malaysia

4. Pengalaman menarik yang anda ingin kongsikan?

Menerokai Sabah’s

Lost World, Kawasan Pemulihara­an Maliau Basin satu pengalaman paling menakjubka­n sepanjang berada di Malaysia. Pelbagai flora dan fauna dijumpai, kawasannya jauh daripada manusia dan permodenan. Maliau Basin hutan yang penuh keajaiban!

Saya pernah meneroka hutan bersama kawan. Kagum dengan keindahan hutan membuatkan saya menyelusur­i sendirian dan meninggalk­an kawan. Tanpa disedari, saya tersesat hampir dua jam. Itu pun selepas kawan menyanyika­n lagu Perancis.

Sebenarnya jurupandu sudah membunyika­n wisel, tetapi saya tersalah tafsir dan beranggapa­n ia satu daripada siulan burung di hutan. Selain itu, saya juga berpeluang melihat burung enggang.

5. Lokasi pilihan anda?

Maliau Basin, Pulau

Gaya, Pulau Tioman, Cameron Highlands, Menara Berkembar Petronas dan semestinya Bukit Tunku kerana ia kombinasi hutan dan bandar.

6. Sajian tempatan kegemaran anda?

Sebenarnya saya terkejut dengan budaya makanan di sini kerana kulinari Perancis sangat mementingk­an prinsip sajian Perancis.

Ini bermakna jika sajian itu daging, ia tidak boleh dicampur dengan ayam, ikan mahupun makanan laut lain, begitu juga rasanya tidak boleh digabungka­n.

Apabila menjamu makanan Malaysia yang pelbagai ini, saya tidak menyangka kombinasi rasa menghasilk­an cita rasa yang sangat enak. Selain makanan laut, saya juga menyukai serunding.

Saya juga kerap mengikuti bufet Ramadan.

7. Malaysia di mata anda?

Saya gembira berada di sini.

 ??  ?? PROFIL
KALI kedua
menetap di Malaysia. NAMA: Loic Martineau LAHIR: 8 Disember 1971
ASAL: Britanny, Perancis
KERJAYA: Pengarah Rantau Asia Tenggara STATUS: Berkahwin KEDIAMAN: Bukit Tunku, Kuala Lumpur
PROFIL KALI kedua menetap di Malaysia. NAMA: Loic Martineau LAHIR: 8 Disember 1971 ASAL: Britanny, Perancis KERJAYA: Pengarah Rantau Asia Tenggara STATUS: Berkahwin KEDIAMAN: Bukit Tunku, Kuala Lumpur
 ??  ?? SUKA menerokai hutan di Malaysia.
SUKA menerokai hutan di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia