Harian Metro

Set nasi buluh RM3.50

- Khairul Najib Asarullah Khan am@hmetro.com.my

Aroma bau dan rasa nasi yang dibalut dengan daun pisang sebelum dikukus menggunaka­n buluh amat membangkit­kan selera.

Rasa terliur pun bermula apabila nasi itu dihidangka­n bersama sambal belacan, ikan masin, ulam pucuk ubi berserta gulai masak lemak.

Siapa sangka set hidangan itu berharga serendah RM3.50 dan apa yang menarik pengunjung turut diberi air sirap atau perisa anggur percuma.

Set menu itu boleh dinikmati di gerai Nasi

Buluh Kampung Sekolah di belakang stesen minyak di Jalan Kuala Pilah, Ampangan, Negeri Sembilan.

Pengusahan­ya, Syaruz Shamsudin, 35, berkata, tercetusny­a idea membuat menu itu apabila dia yang meminati aktiviti berkelah di hutan memasak nasi seumpama itu.

“Apabila tidak berkelah saya tidak tahu di mana akan dapat menikmati nasi seperti itu sebelum saya nekad mengusahak­an perniagaan ini.

“Dalam menaikkan selera saya bukan sahaja menyediaka­n set menu itu malah pengunjung boleh memilih masakan lain seperti ayam atau ikan masak merah, ikan goreng, daging salai atau lain-lain untuk dimakan bersama nasi berkenaan,” katanya.

Menurutnya, perniagaan bersama abangnya, Syahril Huda, 38, dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.

“Perniagaan ini baru diusahakan pada pertengaha­n Julai lalu dan masih tidak ramai mengetahui destinasi ini dan menu disediakan.

“Namun, mereka yang pernah datang pasti akan kembali dengan membawa keluarga dan kenalan.

“Alhamdulil­lah, dalam sehari boleh mencecah sehingga 50 set nasi ini termasuk tempahan dari luar yang terjual,” katanya.

Syaruz berkata, dia turut menghantar pesanan makanan itu di sekitar Ampangan dan Senawang bergantung pada kuantiti pesanan.

“Jika banyak kita tidak mengenakan caj penghantar­an, namun jika pesanan sedikit kami mengenakan cas penggangku­tan disebabkan kos bahan api itu yang tinggi.

“Pada masa ini kami bercadang memperluas­kan lokasi penghantar­an ke tempat lain,” katanya.

Menurutnya, dalam memberi keselesaan pengunjung dia mahu menyediaka­n zoo mini bersebelah­an ruangan makan.

“Buat masa ini, saya bercadang meletakkan arnab terlebih dahulu dan ibu bapa yang membawa anak kecil boleh membiarkan anak mereka bermain dalam zoo mini itu.

“Manakala mereka dapat menjamu selera dengan selesa sambil memerhatik­an gerak-geri anak masingmasi­ng,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NASI buluh yang dijual di gerai Nasi Buluh Kampung Sekolah, Ampangan, Negeri Sembilan.
NASI buluh yang dijual di gerai Nasi Buluh Kampung Sekolah, Ampangan, Negeri Sembilan.
 ??  ?? SYARUZ menunjukka­n set menu nasi buluh yang dijual dengan harga RM3.50.
SYARUZ menunjukka­n set menu nasi buluh yang dijual dengan harga RM3.50.
 ??  ?? SYAHRIL menyediaka­n
nasi buluh.
SYAHRIL menyediaka­n nasi buluh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia