Harian Metro

Suka kongsi pengalaman

-

Suami isteri bernikah ketika masih belajar jadi tumpuan pengikut media sosial

untuk dijadikan isteri dan mereka bernikah dua bulan kemudian.

Bagi meneruskan kelangsung­an hidup selepas bergelar suami isteri, mereka berdua mengasaska­n jenama fesyen Muslimah, Effira Exclusive, dengan memperkena­lkan rangkaian koleksi khimar atau tudung labuh pada Disember 2016.

Selepas lapan bulan menceburi perniagaan pakaian Muslimah, mereka terbabit dalam penerbitan buku dengan modal sebanyak RM20,000 dan sudah menghasilk­an satu novel Islamik berjudul ‘Aku Mahu Hidayah’.

“Novel ini ditulis atas permintaan pengikut dalam media sosial kami ‘Effi Aizat’ seramai lebih 200,000 orang mahu kami kongsikan perjalanan hidup sebelum dan selepas bergelar suami isteri. Sebagai pasangan menikah pada usia muda dan menikmati percintaan selepas bernikah, kami menempuh banyak cabaran dan dugaan.

“Bidang perniagaan bukan asing bagi kami kerana sama-sama sudah mempunyai asas dalam perniagaan. Saya mula mencari pendapatan sendiri sebagai jurugambar bebas dan menjual pakaian lelaki, manakala isteri pernah menjalanka­n perniagaan produk penjagaan kesihatan ketika bersekolah menengah.

“Malah, sebagai personalit­i media sosial juga kami menerima banyak permintaan membuat ulasan produk bagi sesuatu jenama keluaran tempatan, di samping menerima jemputan mengadakan bual bicara mengenai pengalaman kami,” kata Effi Aizat.

Novel berkenaan turut memaparkan pengalaman daripada kisah benar Farah Fakhira yang menerima pelbagai ujian sebelum berhijrah. Farah Fakhira mula berhijrah dan mendalami agama ketika berusia 15 tahun selepas berasakan ada ‘kekosongan’ dalam hidupnya yang membuatkan dirinya tidak tenang.

Sebelum itu, gadis yang aktif dalam kegiatan seni apabila terbabit dalam bidang pengacaraa­n, peragaan, tarian dan pernah menjadi vokalis untuk sebuah band muzik. Hasrat ingin pergi jauh membawanya memulakan pembelajar­an di sekolah tahfiz Darul Quran WalHadith di Ampang, Selangor.

Hasil kecemerlan­gannya dalam akademik, Farah Fakhira ditawarkan untuk melanjutka­n pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir, awal tahun lalu. Namun, ia tidak kesampaian kerana pada tahun berkenaan mendirikan rumah tangga pada usia 19 tahun.

“Sebelum ini, saya bukanlah orang yang menutup aurat tetapi berhijrah selepas mendapat hidayah. Sesungguhn­ya hidayah itu milik Allah dan boleh mengetuk pintu hati sesiapa sahaja dengan izin-Nya dan kita wajib memohon untuk mendapat hidayah dengan berdoa.

“Oleh itu, saya berharap pengalaman yang dinukilkan dalam novel berkenaan dapat menjadi inspirasi orang lain, terutama mereka yang mencari kekuatan untuk berhijrah,” kata Farah Fakhira.

Novel berkenaan kini terjual lebih 10,000 naskhah melalui dalam talian dan boleh didapati di toko buku seperti MPH dan Popular. Kekuatan novel itu terletak pada keindahan hijrah dan istiqamah daripada pengalaman Farah Fakhira sendiri. Banyak lagi perkongsia­n yang menyentuh emosi dalam hubungan dengan Allah dan sesama manusia, nikah muda dan cinta selepas nikah.

Menariknya, populariti novel berkenaan membawa pasangan suami isteri muda itu menjelajah ke luar negara apabila dijemput memenuhi undangan bual bicara di Indonesia, Singapura dan Hong Kong untuk berkongsi pengalaman mereka.

 ??  ?? EFFI Aizat dan Farah Fakhira guna laman sosial sebagai saluran berdakwah.
EFFI Aizat dan Farah Fakhira guna laman sosial sebagai saluran berdakwah.
 ??  ?? EFFI Aizat dan Farah Fakhira mencatat kembara
mereka di luar negara menerusi
laman sosial.
EFFI Aizat dan Farah Fakhira mencatat kembara mereka di luar negara menerusi laman sosial.
 ??  ?? BUKU kisah hidup suami isteri muda ini
mendapat sambutan menggalakk­an.
BUKU kisah hidup suami isteri muda ini mendapat sambutan menggalakk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia