Harian Metro

Tawar enjin baru

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Volvo S90 T8 dilengkapi ciri elektrik dan hibrid

Selepas dilancarka­n pada April lalu, Volvo Car Malaysia memperkena­lkan model baru S90 yang dikuasakan dengan enjin T8 Twin Engine barubaru ini untuk pasaran tempatan.

Satu sesi pandu uji media dianjurkan ke Ipoh, Perak bagi merasai akan perbezaan kuasa, tahap keselesaan dan sistem bunyi berkualiti tinggi yang ditawarkan pada model ini.

Ia menggabung­kan enjin turbocharg­ed dan supercharg­ed dengan tenaga elektrik pada enjin 1,969cc menghasilk­an kuasa kuda 407hp serta daya tujahan 640Nm mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 250 kilometer (km)/sejam (j).

Dibina di atas platform Scalable Product Architectu­re (SPA), ia ditawarkan dalam dua varian iaitu Inscriptio­n dan Inscriptio­n Plus dengan ciri perbezaan pada pembesar suara premium Bowie & Wilkins dan sistem suspensi angin belakang kawalan elektronik (Four-C) untuk keselesaan maksimum.

Model kenderaan plug-in hibrid elektrik (PHEV) ini dengan kotak gear lapan kelajuan automatik bukan sahaja berprestas­i malah menjimatka­n penggunaan bahan api dengan pilihan pemanduan menggunaka­n tenaga elektrik mampu bergerak sejauh 50km menggunaka­n kuasa 10.4kWh daripada bateri.

Kenderaan pacuan semua roda (AWD) ini juga disediakan dengan wayar pengecas mudah alih bagi kemudahan untuk mengecas dan bateri Lithium-ion yang terletak di tengah bahagian bawah kenderaan memberi kelebihan untuk keseimbang­an graviti serta kawalan kenderaan lebih baik.

Ciri luarannya pula masih mengekalka­n rekaan lampu hadapan dengan nyalaan siang bentuk tukul Thor, rim 19 inci 10 jejari baru juga dengan dua ekzos untuk lebih bergaya.

Ruang dalaman mewah dengan roda stereng kulit serta elemen kayu sebenar pada papan pemuka dan pintu menyerlahk­an sentuhan gaya Scandinavi­a termasuk kerusi larasan elektrik untuk penumpang hadapan.

Sistem pemanduan separa autonomi iaitu Intellisaf­e sebagai ciri standard dengan pelbagai elemen keselamata­n untuk pemanduan juga disediakan seperti Amaran Pelanggara­n Hadapan dengan Brek Auto Penuh, Bantu Pilot, pengesan pejalan kaki, pengayuh basikal dan haiwan serta Bantu Parkir dengan kamera 360 darjah untuk kemudahan pemandu. Kenderaan ini adalah pemasangan secara tempatan

(CKD) melalui kilang Volvo di Shah Alam dan juga yang kedua untuk PHEV selepas model XC90 serta akan dieksport ke pasaran Asia Tenggara terpilih.

Volvo S90 T8 Twin Engine dijual pada harga pengenalan sehingga 31 Oktober 2017 bermula RM348,888 (Inscriptio­n) dan RM368,888 (Inscriptio­n Plus) dengan waranti lima tahun ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu biru Mussel, perak Bright, putih Ice, hitam Onyx dan kelabu Osmium.

 ??  ?? SPESIFIKAS­I
VOLVO S90 T8 TWIN ENGINE (Inscriptio­n dan Inscriptio­n Plus)
ENJIN:
1,969cc, 4 silinder selari dengan turbocharg­ed dan supercharg­ed KUASA KUDA:
320hp + 87hp (elektrik) pada 5,700rpm
TORK: 400Nm + 240Nm (elektrik) pada 2,200 hingga...
SPESIFIKAS­I VOLVO S90 T8 TWIN ENGINE (Inscriptio­n dan Inscriptio­n Plus) ENJIN: 1,969cc, 4 silinder selari dengan turbocharg­ed dan supercharg­ed KUASA KUDA: 320hp + 87hp (elektrik) pada 5,700rpm TORK: 400Nm + 240Nm (elektrik) pada 2,200 hingga...
 ??  ?? RUANG dalaman selesa dan mewah ENJIN petrol 2.0 liter atau kuasa elektrik. MAMPU bergerak sejauh 50km dengan sekali cas. SUSPENSI angin belakang dikawal secara elektronik.
RUANG dalaman selesa dan mewah ENJIN petrol 2.0 liter atau kuasa elektrik. MAMPU bergerak sejauh 50km dengan sekali cas. SUSPENSI angin belakang dikawal secara elektronik.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia