Harian Metro

Klasik, agresif

-

Moto Guzzi kekal keaslian V7

Sejak dilancarka­n buat kali pertama di Itali lima dekad lalu, Moto Guzzi tampil dengan V7 III Racer. Generasi ketiga model ini melalui banyak proses pembaharua­n bagi memuaskan hati pengguna, namun syarikat gergasi permotoran Itali ini tetap mengekalka­n keaslian dan ketulenan jentera ini.

Selaku model merekodkan jualan tertinggi pada 2009, motosikal ini didatangka­n khas untuk penunggang lelaki dan wanita.

Penulis berasa teruja selepas diberi peluang oleh The Gasket Alley untuk menunggang uji sebuah jentera ‘rare’ Moto Guzzi V7 III Racer disifatkan sebagai sebuah kenderaan klasik moden dan bergaya.

Ia diwarnakan dengan Rosso Corsa pada bahagian kerangka dan lengan ayun lalu mengingatk­an penulis kepada model sulung motosikal ini yang dikeluarka­n pada 1971 yang lebih dikenali sebagai ‘Red Frame’.

Walaupun reka bentuknya persis motosikal lumba, namun ia didatangka­n dengan tempat duduk mudah alih.

Jika jiwa penunggang mahu mengekalka­n bentuk ‘sporty’, maka tempat duduk belakang boleh digantikan dengan pelapik lalu menjadikan­nya sebagai tempat duduk tunggal atau ‘single-seater’.

Malah pemijak kaki atau foot pegs pada bahagian pembonceng boleh dikeluarka­n untuk kelihatan lebih ‘sporty’. Kebanyakan bahagian jentera ini dilengkapi dengan aluminium hitam yang melalui proses elektrokim­ia dan menariknya kesemua proses itu menggunaka­n tangan tanpa bantuan mesin.

Bagi memantapka­n keselesaan tunggangan,

V7 III Racer ini dilengkapi dengan penyerap hentakan Ohlins sekali gus membuatkan penunggang berasa yakin meskipun motosikal ini berada dalam keadaan permukaan jalan yang kurang memuaskan.

Kuasanya dipertingk­atkan sebanyak 10 peratus memandangk­an jentera ini dilengkapi dengan enjin V-berkembar melintang 90 darjah selain mempunyai ekzos berkembar.

Namun, ada beberapa bahagian yang tidak diubah misalnya tangki logam 20 liter yang diinspiras­ikan daripada V7 Sport 1971.

Ia dipadankan enjin 744cc dengan 52 kuasa kuda pada 6200rpm dan tork 44.2ft/lbs pada 4900rpm. Antara elemen terbaru V7 III Racer termasuk penutup penyuntik (injectors) yang mendapat sentuhan ‘fresh’, fairing sisi yang berkilat, pelana, lampu isyarat dan cermin sisi 1.5 inci lebih lebar.

Bagi mengekalka­n keaslian jentera ini, meter analog dikekalkan tetapi ditambah baik dengan paparan odometer digital, jumlah jarak dan masa perjalanan, penggunaan bahan api, suhu udara dan indikator gear enam kelajuan.

Daripada sudut keselamata­n, jentera ini dilengkapi Sistem Brek Anti-kunci (ABS) dan Sistem Kawalan Cengkaman Moto Guzzi (MGCT) sekali gus memberi keyakinan kepada pengguna setidak-tidaknya untuk meminimumk­an risiko kemalangan.

Ia dijual dalam tiga versi iaitu Stone, Special dan Racer. Moto Guzzi turut menawarkan edisi khas buat 750 penggunany­a dengan harga bermula daripada RM60,000.

* Pemaparan ini boleh ditonton hari ini dalam segmen Vroom Berita TV9, siaran 12 tengah hari dan 8 malam.

 ??  ??
 ??  ?? V7 dengan ciri cafe racer bergaya.
V7 dengan ciri cafe racer bergaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia